Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Litar lebih pendek, empat selekoh dialih

Sep 15, 2023 | 05:30 AM



Disebabkan kerja pembangunan semula di bandar pada 2023, pelumba di Grand Prix Singapura Formula 1, yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad, akan berlumba di Litar Jalanan Marina Bay yang dipendekkan.

Litar tahun ini sepanjang 4.94 kilometer, berbanding litar 5.063 kilometer pada 2022.

Empat selekoh di sektor terakhir – Turn 16, Turn 17, Turn 18 dan Turn 19 telah dialihkan. Justeru, trek tidak lagi berada di bawah grandstand menjelang penghujung pusingan.

Sebaliknya, akan ada satu laluan lurus dari Turn 15 ke kawalan zig-zag Turn 20 dan Turn 21 lama (yang kini akan menjadi kawalan zig-zag Turn 16 dan Turn 17). Ini akan mengurangkan tekanan pada tayar dan memberi lebih masa untuk pemandu berehat.

Grandstand baru – Sheares (Turn 1) and Promenade (antara Turn 17 dengan Turn 18) –  telah diperkenalkan untuk membolehkan lebih ramai penonton menyaksikan perlumbaan, selepas Bay Grandstand ditutup demi membangun semula The Float @ Marina Bay.

Pada 2023, litar Singapura juga ‘lebih hijau’ kerana telah beralih sepenuhnya kepada sistem lampu LED dan dijangka mengurangkan penggunaan tenaga sekurang-kurangnya 30 peratus.

Sebanyak 1,396 panel solar juga telah dipasang di bumbung Bangunan Pit F1 di Republic Boulevard.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >