Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool balas dendam atasi Real di Anfield

Alexis Mac Allister, Cody Gakpo sumbat gol pada babak kedua bantu The Reds menang 2-0
Nov 28, 2024 | 2:30 PM
Penyerang Liverpool, Cody Gakpo (depan), meraikan jaringannya dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Real Madrid di Liga Juara-Juara pada 28 November.
Penyerang Liverpool, Cody Gakpo (depan), meraikan jaringannya dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Real Madrid di Liga Juara-Juara pada 28 November. - Foto AFP

ANFIELD: Liverpool akhirnya berjaya mengatasi Real Madrid dan mengekalkan rekod sempurna mereka dalam Liga Juara-Juara.

Sebelum ini, mereka ditewaskan oleh Real sebanyak lapan kali dalam pertandingan ini, termasuk di dua peringkat akhir Liga Juara-Juara.

Namun kali ini, Real tidak berdaya menjejaskan rentak perlawanan pasukan bimbingan Arne Slot setelah beliau mengambil alih daripada Jurgen Klopp.

Liverpool menguasai pasukan Carlo Ancelotti, yang kini telah kalah tiga daripada lima perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Alexis Mac Allister menjaringkan gol pada minit ke-52 untuk meletakkan Liverpool di hadapan.

Real diberi peluang menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian melalui sepakan penalti selepas Lucas Vazquez dikasari Andy Robertson, tetapi Kylian Mbappe gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Pasukan Slot juga terlepas peluang menambah kelebihan mereka; Salah turut gagal menjaringkan sepakan penaltinya yang diberikan kerana dikasari Ferland Mendy.

Namun, Liverpool tetap berjaya menyempurnakan kemenangan dengan jaringan Cody Gakpo pada minit ke-76, yang meletakkan mereka di tempat teratas Liga Juara-Juara dengan lima kemenangan dalam lima perlawanan.

Kemenangan Liverpool ke atas Real itu menjadi lebih bermakna memandangkan keputusan mengecewakan dalam pertemuan sebelum ini.

Prestasi yang hampir sempurna dalam kemenangan itu juga antara punca yang meyakinkan penyokong Liverpool bahawa Slot dapat membimbing dan membangkitkan Liverpool ke peringkat seterusnya.

Beliau berjaya mengambil alih tugas Klopp dengan lancar, dan jelas kelihatan gaya permainannya yang lebih terkawal tetapi berbisa membolehkan Liverpool mendapatkan pelbagai kemenangan yang mengagumkan.

Prestasi Liverpool kini meletakkan mereka bukan sahaja di tangga teratas Liga Perdana England (EPL), malah dalam Liga Juara-Juara.

Pemain-pemain Liverpool kesemuanya memainkan peranan penting dalam mengawal bintang-bintang Real Madrid, dan tidak membenarkan mereka mempengaruhi perlawanan itu langsung.

Caoimhin Kelleher membuktikan bahawa beliau boleh dipercayai jika Allison Becker tiada, bukan sahaja kerana beliau menyelamatkan penalti Mbappe, malah melalui aspek perlawanan lainnya juga.

Bek kanan berusia 21 tahun, Connor Bradley, juga menunjukkan beliau berpotensi menjadi pengganti terbaik Trent Alexander-Arnold jika beliau memutuskan untuk ke Madrid.

Ini merupakan prestasi pasukan yang mengagumkan dan pembuka tirai yang baik untuk perlawanan EPL mereka menentang juara bertahan EPL, Manchester City pada 2 Disember. – Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg