Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masa depan ten Hag terkatung-katung

United seri dengan Liverpool hanya kerana gol ‘hadiah’, pasukan Klopp sia-siakan banyak peluang
Apr 08, 2024 | 12:45 PM



MANCHESTER: Jika Sir Jim Ratcliffe masih memikirkan tentang masa depan pengurus Manchester United, Erik ten Hag, lawatannya ke Old Trafford untuk menyaksikan pasukannya menentang Liverpool, tidak membantu.


Bilionair pemilik bersama baru United itu merempuh hujan pada 7 April hanya untuk menyaksikan pasukannya hampir-hampir dimalukan Liverpool pada separuh masa pertama.

Liverpool mendahului 1-0 pada separuh masa pertama melalui jaringan Luis Diaz.

Mereka juga mengatasi United dari segi percubaan jaringan, dengan 15 percubaan pada separuh pertama berbanding sifar oleh United.

Hakikat Liverpool mendahului hanya dengan satu gol seolah-olah adalah satu pencapaian bagi United.

Namun, United dihadiahkan peluang menyamakan kedudukan oleh pemain pertahanan Liverpool, Jarell Quansah, yang tersilap menghantar bola kepada Bruno Fernandez, yang memanfaatkan kesilapan itu untuk menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-50.

Kemudian tiba pula giliran pemain tengah United, Kobbie Mainoo, yang berusia hanya 18 tahun, untuk menghasilkan detik hebat dan meletak United di hadapan.

Tendangan hebat Mainoo tidak dapat dihalang penjaga gawang Liverpool, Caoimhin Kelleher, dan membakar semula semangat penyokong United di Old Trafford.

Dengan jaringan hebat Mainoo itu, rentak perlawanan berubah.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, nampaknya menjadi marah dan kehilangan ketenangannya, sedang penyokong United mengejeknya.

Reaksi Klopp boleh dijangka, tetapi beliau sudah tentu sedar Liverpool tidak boleh salah sesiapa kecuali diri mereka kerana mensia-siakan peluang dan tidak melenyapkan harapan United sejak awal.

Namun, Liverpool tetap berjaya mendapat satu mata melalui jaringan penalti Mohamed Salah, yang menyamakan kedudukan pada minit ke-84.

Untuk kekal menjadi pengurus United musim depan, ten Hag harus membuktikan bahawa beliau boleh menyelesaikan masalah di United.

Agak menarik untuk mengetahui apa pandangan Ratcliffe selepas persembahan United minggu lalu, yang nampaknya tidak mencerahkan peluang ten Hag untuk kekal di Old Trafford.

Nasib ten Hag di United terus terkatung-katung, iaitu tidak menentu.

Yang boleh ditawarkan ten Hag, sama seperti yang dilihat semasa kemenangan 4-3 Piala FA mereka ke atas Liverpool pada 17 Mac, ialah pasukannya mempunyai semangat dan perwatakan untuk bangkit semula – tetapi ini tidak berlaku secukupnya.

Pertahanan United kelihatan lemah tetapi mereka masih berdaya bertarung walaupun menghadapi masalah kecederaan.

Masalah utama bagi ten Hag ialah prestasi pasukannya jauh ketinggalan daripada pasukan tiga teratas Liga Perdana England (EPL).

Ratcliffe perlu membelanjakan jumlah wang yang banyak jika beliau mahu mencapai matlamatnya mengatasi Liverpool dan Manchester City sebagai pasukan terbaik EPL.

United tidak boleh kekal melakukan apa yang mereka sedang lakukan sekarang – biarkan pertahanan mereka mudah terdedah kepada serangan lawan.

Mereka menghadapi 28 percubaan ke gawang mereka – jumlah tertinggi rekod mereka dalam perlawanan EPL di Old Trafford.

Statistik keseluruhan United nampaknya lebih muram. Mereka menghadapi lebih 16 percubaan ke pintu gol mereka dalam lapan daripada sembilan perlawanan EPL lalu mereka.

Secara purata, pertahanan United menghadapi 24.6 percubaan ke gawang mereka dalam setiap perlawanan, atau 221 percubaan secara keseluruhan.

Ini menggambarkan ada masalah besar di United yang ten Hag tidak berupaya hurai sejauh ini.

United akan berdepan dengan Coventry City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley pada 21 April, sedang mereka berharap dapat menamatkan musim ini dengan sebuah trofi.

Kedua-dua pencapaian terbesar United sejauh ini adalah semasa menentang Liverpool – mengakhiri harapan Liverpool menjulang tiga trofi utama dengan menyingkirkan mereka daripada Piala FA pada Mac, dan mengacau usaha mereka menjuarai EPL musim ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >