Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool lulus ujian besar dari Chelsea

Tewaskan Chelsea 2-1 di Anfield
Oct 21, 2024 | 3:42 PM
Pemain Liverpool asal Mesir, Mohamed Salah, menyempurnakan tendangan penaltinya bagi jaringan pertama buat kelabnya itu semasa menentang Chelsea pada 21 Oktober di Anfield.
Pemain Liverpool asal Mesir, Mohamed Salah, menyempurnakan tendangan penaltinya bagi jaringan pertama buat kelabnya itu semasa menentang Chelsea pada 21 Oktober di Anfield. - Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool melepasi ujian besar kelayakan kejuaraan Liga Perdana England (EPL) mereka untuk kembali ke tangga teratas dengan menewaskan Chelsea 2-1 di Anfield pada 21 Oktober.

Sepakan penalti Mohamed Salah dan gol kemenangan Curtis Jones menjadikannya 10 kemenangan dalam 11 perlawanan untuk The Reds sejak Arne Slot mengambil alih selaku pengurus Liverpool.

Nicolas Jackson menyamakan kedudukan seketika untuk Chelsea pada separuh masa kedua, tetapi mereka tergelincir kepada kekalahan pertama sejak tewas kepada Manchester City pada hujung minggu pembukaan musim kali ini.

Kemenangan itu membawa Liverpool satu mata di hadapan City dan empat mata di hadapan Arsenal, yang akan mereka hadapi di Stadium Emirates hujung minggu depan.

Chelsea kini berada di tempat keenam, tujuh mata di belakang pendahulu liga.

Namun, persembahan mereka yang memberi tekanan hebat kepada Liverpool memberikan keyakinan buat pasukan The Blues.

Satu-satunya kekalahan Liverpool di bawah Slot adalah semasa mereka menentang Nottingham Forest selepas rehat antarabangsa pada September.

Pengurus asal Belanda itu mengambil langkah menempatkan semua pemain antarabangsa Amerika Selatannya – Alexis Mac Allister, Luis Diaz dan Darwin Nunez – di bangku simpanan selepas penglibatan mereka beberapa hari kebelakangan ini di peringkat antarabangsa.

Keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Jones dalam kesebelasan utama pada musim ini terbukti bijak, apabila pemain antarabangsa England itu mendapat penalti untuk Liverpool dan menjaringkan gol penentu.

Chelsea bernasib baik kerana mempunyai 11 pemain di padang selepas hanya enam minit apabila Tosin Adarabioyo menarik Diogo Jota.

Pemain antarabangsa Portugal itu masih jauh dari gawang Chelsea tetapi insiden itu hampir sama dengan kejadian yang menyaksikan pertahanan Arsenal, William Saliba, dibuang padang dalam kekalahan 2-0 di Bournemouth pada 19 Oktober.

Setelah terselamat daripada detik cemas itu, Chelsea berjaya menyesuaikan diri dan memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah dengan menguasai perlawanan.

Bagaimanapun, rentak Liverpool terus mengancam selepas rehat separuh masa.

Salah membuat umpanan kepada Jones, yang kemudian dijatuhkan pemain Chelsea, Levi Colwill, dalam petak penalti.

Salah menyempurnakan jaringannya yang ke-10, menentang bekas kelabnya hasil penalti yang diambil itu.

Hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bermula, Chelsea menyamakan kedudukan, dengan Nicolas Jackson membuat jaringan kelimanya dalam EPL musim ini, hasil umpanan daripada rakan sepasukan, Moises Caicedo.

Namun Liverpool hanya memerlukan tiga minit kemudian untuk mendahului permainan, apabila Jones mendapat umpanan daripada Salah sebelum beliau menjaringkan gol.

Kedudukan 2-1 kekal hingga ke akhir permainan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg