LONDON: Liverpool sedang meneliti perkembangan pemain tengah Real Sociedad, Martin Zubimendi, dalam kelab itu mengorak langkah untuk membuat pembelian pertama di bawah pengurus baru, Arne Slot.
Zubimendi merupakan pemain penting skuad Sepanyol yang memenangi Euro 2024 dan telah disertakan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua dalam perlawanan akhir di mana negaranya menewaskan England 2-1
Pemain berusia 25 tahun itu telah berada di Sociedad sejak 2011 dan mempunyai klausa bernilai 51.5 juta paun ($86.7 juta) yang membolehkan beliau dilepaskan dari kontrak tersebut.
Zubimendi membantu Sociedad menduduki tempat keenam dalam La Liga musim lalu, menjaringkan empat gol dalam 31 penampilan liga.
Kelab Sepanyol itu turut mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 2023-24 sebelum ditewaskan oleh Paris St-Germain.
Zubimendi akan menjadi muka baru pertama di bawah Slot, yang mengambil alih sebagai pengutus kelab Anfield itu selepas Jurgen Klopp melepaskan jawatannya musim lalu. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg