Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool pamer aksi cemerlang tumpaskan juara musim lalu

Liverpool tewaskan City 2-0 dan luaskan jurang di puncak Liga Perdana England
Dec 2, 2024 | 2:36 PM
Mohamed Salah (depan) dari Liverpool menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Perdana England antara Liverpool dengan Manchester City di Liverpool, Britain pada 1 Disember.
Mohamed Salah (depan) dari Liverpool menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Perdana England antara Liverpool dengan Manchester City di Liverpool, Britain pada 1 Disember. - Foto EPA-EFE

LIVERPOOL: Manchester City, yang memaparkan penguasaan hebat dalam era kebelakangan ini, kini mendapati terperangkap dalam ‘ribut’ Liverpool, dan kelihatan telah terkeluar daripada impian untuk menjuarai Liga Perdana buat kali kelima berturut-turut. 

Pasukan Liverpool di bawah pengurus baru, Arne Slot, kini lebih berdisiplin dan tersusun berbanding ketika di bawah pengurus sebelum ini, Jurgen Klopp.

Gabungan pendekatan lama dan baru kini tidak dapat ditangani City pimpinan Pep Guardiola.

Kemenangan 2-0 ke atas City meletakkan Liverpool 11 mata di hadapan City, dan juga mempunyai kelebihan sembilan mata ke atas Arsenal di tempat kedua.

Walaupun musim Liga Perdana masih baru dengan 13 perlawanan setakat ini, sukar membayangkan mana-mana pasukan berupaya menyekat kemaraan Liverpool bagi menjulang mahkota musim ini.

Guardiola dan City telah mengalami derita dalam tujuh perlawanan – tanpa kemenangan, malah mengalami empat kekalahan liga berturut-turut.

Liverpool dapat melihat kelemahan pihak lawan dan melakukan serangan padu ke atas City.

Virgil van Dijk menanduk bola terkena tiang sebelum Cody Gakpo menjaringkan hantaran sempurna Mohamed Salah, selepas hanya 12 minit.

Pengurus Liverpool, Slot mengakui pasukannya semakin hampir ke tahap sempurna.

“Pada akhirnya keputusan adalah yang paling penting, tetapi persembahannya amat hebat,” kata Slot kepada BBC.

“Jika anda mahu menang semasa menentang pasukan seperti City, anda perlu hebat dalam setiap aspek bola sepak – pertahanan, peluang menghasilkan gol, semuanya,” kata beliau.

Keseronokan di Anfield memuncak dengan gol awal Liverpool yang menyebabkan City kelihatan bingung terhadap apa yang melanda mereka.

Pada suku pertama perlawanan, Liverpool menguasai 61 peratus bola dan membuat tujuh percubaan.

Pasukan Guardiola mengambil masa 39 minit untuk melakukan percubaan pertama ke gawang lawan – masa paling lama dalam perlawanan Liga Perdana sejak 2010.

Ia sekali gus memaparkan skala penguasaan Liverpool pada separuh masa pertama dengan penjaring gol, Gakpo, melakukan lapan sentuhan di dalam kotak lawan.

Di hujung perlawanan, penyokong Liverpool mengejek Guardiola bahawa beliau akan “dipecat”.

Guardiola menjawab dengan menunjukkan enam jari menggambarkan bilangan gelaran Liga Perdana yang sudah dimenanginya.

Anfield kerap menjadi medan paling sukar buat Guardiola dan perlawanan terbaru itu menjadi satu lagi bukti.

Dengan keputusan perlawanan ini, City kini tidak berada dalam kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg