Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool pilihan jadi juara?

Dec 11, 2024 | 6:27 PM
Caoimhin Kelleher (tengah) beraksi sebagai penjaga gawang gantian.
Caoimhin Kelleher (tengah) beraksi sebagai penjaga gawang gantian. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Pasukan Arne Slot telah mencipta permulaan indah di Eropah musim 2024/25.

Kemenangan ke atas Girona pada 10 Disember membawa mereka ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara tanpa perlu bermain pada babak play-off.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berpendapat Liverpool mempunyai momentum yang “tidak masuk akal” dan “dari segi kelayakan harus menjadi” pasukan pilihan.

Bercakap kepada TNT Sports, Ferdinand berkata The Reds “mempunyai semua bahan untuk menjadi sangat berjaya” tetapi memberi amaran perkara boleh menjadi “sangat berbeza pada April”.

Beliau berkata: “Dari segi bentuk, mereka patut disegani kini... mereka sempurna setakat ini.

“He (Slot) sekarang boleh mengeluarkan pemain seperti Virgil van Dijk dan Mo Salah (Mohamed Salah) daripada pasukan itu untuk dua perlawanan terakhir.

“Mereka telah berjuang di semua bahagian sebelum ini dan kehabisan tenaga. Memastikan pemain sentiasa segar adalah penting.”

Bekas pemain pertahanan Liverpool, Stephen Warnock, menambah di BBC Radio 5 Live bahawa Liverpool akan menjadi lawan yang sangat hebat musim ini dalam kedua-dua pertandingan, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Liverpool mendahului tangga Liga Juara-Juara selepas enam perlawanan dan mendahului empat mata di puncak Liga Perdana dengan satu perlawanan lagi di dalam tangan.

Pada September, sebelum perlawanan pertama fasa liga, Opta, sebuah syarikat analisis sukan British, memberi peluang 4.6 peratus kepada Liverpool untuk memenangi Liga Juara-Juara.

Enam pasukan diberi peratusan lebih tinggi, termasuk Manchester City (24.9 peratus) dan Arsenal (6.3 peratus).

Tetapi sejak itu prestasi Liverpool telah melebihi jangkaan dalam kededua liga.

Slot, yang menggantikan bos legenda Liverpool, Jurgen Klopp, sebagai pengurus, nampaknya seperti di rumah sendiri di Anfield.

Malah, pengurus Belanda itu adalah satu-satunya pengurus yang memenangi kesemua enam perlawanan Liga Juara-Juara pertamanya dengan sebuah kelab Inggeris.

Dengan demikian, peratusan telah berubah. Opta memberi Liverpool peluang 51.3 peratus untuk mara ke separuh akhir.

Pada 10 Disember, pasukan Liverpool dipenuhi dengan semangat dengan kembalinya Alisson, yang digelar Slot sebagai “penjaga gol terbaik di dunia” selepas perlawanan itu.

Pemain Brazil itu menyelamatkan lima percubaan pada separuh masa pertama untuk membantu memanjangkan rentak kelab itu bermain tanpa memboloskan gol dalam pertandingan itu selama hampir sembilan jam.

Ini walaupun beliau tidak bermain sejak kecederaan hamstring ketika menang di Crystal Palace pada 5 Oktober.

Slot berkata: “Kami mempunyai penjaga gol luar biasa. Saya bersenda mungkin pemain mahu melihat betapa cergasnya beliau (Alisson) dengan memberinya banyak kerja.

“Jika anda bertanya kepada saya tentang kesemua enam perlawanan lalu, saya sangat gembira dengan semua keputusan.

“Saya sangat gembira dengan lima perlawanan itu, cara kami bermain. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan malam ini.”

Liverpool juga boleh bergantung pada penyerang Salah, yang mendorong The Reds meraih kemenangan musim ini.

Salah mempunyai jaringan gol dan hantaran terbanyak bersama Omar Marmoush daripada Eintracht Frankfurt dalam lima liga teratas Eropah musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang kontraknya akan tamat pada musim panas ini, kini sedang hebat di hadapan gawang dan menjadi pemain ke-11 menjaringkan 50 gol Liga Juara-Juara, termasuk empat gol yang dijaringkannya dalam perlawanan kelayakan.

Dengan menjaringkan gol melalui tendangan penalti semasa menentang Girona, penyerang Mesir itu telah menjaringkan 16 gol dalam 22 perlawanan dalam semua pertandingan, dan tujuh dalam enam perlawanan terakhirnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg