Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbandingan Arsenal dengan Stoke City satu ‘pujian besar’

Dec 9, 2024 | 1:21 PM
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata perbandingan Arsenal dengan Stoke City adalah satu “pujian besar”. Ini setelah kehebatan Arsenal daripada ‘set-piece’ diheboh-hebohkan berikutan gol yang mereka jaringkan menerusi sepakan sudut.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata perbandingan Arsenal dengan Stoke City adalah satu “pujian besar”. Ini setelah kehebatan Arsenal daripada ‘set-piece’ diheboh-hebohkan berikutan gol yang mereka jaringkan menerusi sepakan sudut. - Foto AFP

LONDON: Apabila pasukannya disamakan dengan Stoke City atas kehebatan set-piece mereka, Mikel Arteta, hanya mentertawakan perbandingan itu.

Istilah set-piece dalam bola sepak merujuk kepada tindakan memasukkan semula bola ke dalam perlawanan setelah ia meninggalkan padang ataupun perlawanan dihentikan.

Namun, kecemerlangan sepakan sudut Arsenal sekali lagi menyelamatkan mereka pada 8 Disember apabila pasukan itu seri 1-1 dengan Fulham di stadium Craven Cottage.

Bek tengah, William Saliba, menjaringkan gol penyamaan Arsenal pada minit ke- 52 menerusi sepakan sudut pemain tengah, Declan Rice.

Gol Saliba merupakan gol ke-23 yang dijaringkan Arsenal daripada sepakan sudut sejak awal musim 2023/2024 – lebih banyak daripada pasukan lain dalam liga terbesar Eropah.

Penyerang, Kai Havertz, berjaya menanduk bola daripada hantaran sepakan sudut Rice ke arah Saliba, yang kemudian menjaringkan gol dari jarak dekat.

Gol itu merupakan satu lagi corak permainan set-piece cemerlang yang dihasilkan oleh jurulatih set-piece, Nicolas Jover, yang menyertai Arsenal daripada Manchester City pada 2021.

Pada minit ke-88, pemain sayap, Bukayo Saka, menjaringkan gol dari jarak dekat setelah beliau memanfaatkan hantaran silang Gabriel Martinelli, namun golnya dibatalkan video penolong pengadil (VAR) kerana Martinelli dianggap ofsaid.

Arteta berkata: “Saya kecewa kerana kami tidak memenanginya (perlawanan). Kami berhak untuk memenanginya.

“Kami melakukan hampir semua yang kami perlu lakukan untuk memenanginya.”

Keputusan seri itu meletakkan Arsenal di tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) dengan 29 mata, enam mata di belakang pendahulu Liverpool, setelah bermain lebih satu perlawanan.

Kehebatan Arsenal daripada set-piece diheboh-hebohkan berikutan kemenangan 2-0 mereka ke atas Manchester United pada 5 Disember, dengan pemain pertahanan, Jurrien Timber, dan Saliba menjaringkan gol daripada sepakan sudut.

Kehebohan itu membawa kepada beberapa perbandingan antara Arsenal dengan Stoke City, satu pasukan yang menguasai semua bentuk set-piece semasa mereka beraksi dalam EPL dahulu di bawah pengurusan Tony Pulis.

Arteta berkata perbandingan dengan Stoke adalah “pujian besar” dan taktiknya membuahkan hasil sekali lagi apabila Saliba menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, Arteta tidak bersetuju apabila ditanya sama ada Arsenal telah menjadi terlalu bergantung pada set-piece untuk menjaringkan gol.

“Kami sepatutnya menjaringkan gol daripada cara yang berbeza juga kerana kami mempunyai beberapa peluang besar,” kata Arteta kepada BBC Sport. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg