Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Liverpool, Real Madrid buat perhitungan

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool diundi menentang juara bertahan Real Madrid dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara, iaitu ulangan perlawanan akhir musim lalu.



Pemenang 14 kali Liga Juara-Juara, Real Madrid menewaskan Liverpool 1-0 dalam perlawanan akhir tahun lalu di Paris hasil sumbangan gol Vinicius Junior pada minit ke-19.



Juara Liga Perdana England, Manchester City berdepan kelab Jerman, RB Leipzig, manakala Tottenham akan bermain pasukan gergasi Italy, AC Milan.



Chelsea juga menentang lawan dari Jerman, Borussia Dortmund.



Sementara itu, juara liga Perancis, Paris St-Germain diundi menentang Bayern Munich.



Pusingan pertama bagi kelompok 16 pasukan terakhir bakal berlangsung pada 14-15 dan 21-22 Februari, dengan pusingan keduanya diadakan pada 7-8 dan 14-15 Mac.



Ini merupakan kali keempat dalam enam musim pemenang enam kali, Liverpool berdepan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara.



Dua daripadanya dalam ketika beraksi dalam perlawanan akhir, dengan Real Madrid memenangi kedua-duanya pada musim 2017-18 dan 2021-22.



Juara liga Sepanyol itu juga menyingkirkan Liverpool pada suku akhir dalam musim 2020-21.



Pasukan Jurgen Klopp berjaya mara ke perlawanan akhir dalam tiga daripada lima penampilan terakhir mereka di kejohanan Eropah, termasuk musim lalu di Paris, dan hanya AC Milan dan Real Madrid telah menjuarai kejohanan itu lebih banyak daripada The Reds.



Bekas pemain midfield Liverpool, Ray Houghton memberitahu BBC Radio 5 Live:



"Apabila anda menamatkan pusingan kumpulan di tempat kedua, anda membiarkan diri anda terdedah untuk mendapat salah satu pasukan besar dan Liverpool sudah pasti berbuat sedemikian. Tidak dinafikan bahawa Real Madrid adalah pasukan yang mereka geruni.



"Melihat kepada dua pasukan musim ini, Real Madrid berada dalam prestasi yang lebih baik. Mereka tidak tewas dalam liga dan layak dari peringkat kumpulan dengan cukup selesa. Liverpool diharapkan akan berada dalam kedudukan yang lebih baik pada Februari nanti.



"Mereka akan kembali dengan beberapa pemain mereka yang cedera dan mereka akan menjadi lebih baik untuk tempoh rehat yang akan datang."



Juara liga England, City masih belum menang Liga Juara-Juara tetapi menjadi pasukan kegemaran untuk bersaing hingga ke hujung pertandingan musim ini.



Mereka mara ke perlawanan akhir pada 2020-21 tetapi tewas 0-1 kepada Chelsea sebelum disingkirkan oleh Real Madrid pada separuh akhir tahun lalu, walaupun mendahului dengan agregat dua gol pada minit ke-90.



Lawan kelompok 16 pasukan terakhir mereka, RB Leipzig gagal mara dari peringkat kumpulan musim lalu dan mereka kini menduduki tempat keenam dalam tangga Bundesliga Jerman.



Juara dua kali, Chelsea juga tewas kepada Real Madrid musim lalu di suku akhir, manakala lawan Borussia Dortmund tidak melangkah lebih jauh daripada suku akhir sejak mara ke perlawanan akhir 2012-13 di bawah bekas bos Klopp.



Pemain midfield England, Jude Bellingham, yang menimpin Borussia Dortmund dalam kemenangan peringkat kumpulan ke atas Sevilla, akan berdepan beberapa rakan sepasukan antarabangsa di Chelsea. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >