Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool tangkas dapatkan Gakpo

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Liverpool telah bersetuju untuk mendapatkan tandatangan bintang muda Belanda, Cody Gakpo, daripada PSV Eindhoven, kata kelab Belanda itu.



Gakpo, 23 tahun, beraksi cemerlang dalam Piala Dunia di Qatar dan menjaringkan tiga gol ketika beliau membantu Belanda mara ke suku akhir.



Yuran pemindahan untuk pemain sayap itu dijangka antara £35.4 juta ($57.5 juta) hingga £44.3 juta.



PSV berkata Gakpo akan berada di England untuk melengkapkan perjanjian itu, sambil menambah bahawa ia akan menjadi yuran pemindahan yang memecah rekod untuk kelab itu.



Liverpool bertindak 'tangkas' bagi memancing pemain penyerang itu selepas dua tunggak pasukan - Luis Diaz dan Diogo Jota - dibelenggu masalah kecederaan jangka panjang.



Gakpo sebelum ini kerap dikaitkan dengan pemindahan ke Manchester United.



"Pengurusan PSV telah melengkapkan rundingan yang diadakan pada Boxing Day (sehari selepas Krismas) dan memberi Gakpo izin untuk melengkapkan pemindahannya di England," kata pasukan Eredisive itu dalam kenyataannya.



Gakpo menunjukkan prestasi yang mantap musim ini, menjaringkan sembilan gol di samping 12 assist dalam 14 perlawanan liga untuk PSV.



Beliau juga berjaya menyumbat tiga gol dan mencatat dua assist dalam lima penampilan Liga Europa.



Di Piala Dunia yang lalu, beliau menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan pusingan kumpulan negaranya menentang Senegal, Ecuador dan Qatar.



Liverpool mengalahkan Aston Villa 3-1 kelmarin ketika aksi Liga Perdana England (EPL) disambung semula.



Pasukan kendalian Juergen Klopp itu kini menghuni tangga keenam liga.



Pemain pertahanan The Reds, Virgil van Dijk, rakan senegara Gakpo, bercakap dengan penuh semangat mengenai pemain sayap itu semasa Piala Dunia.



"Kami benar-benar menyukai Cody," kata Van Dijk semasa kejohanan di Qatar. "Beliau pemain yang sangat berbakat dan juga orangnya baik.



"Apa yang kami lihat dalam latihan adalah apa yang anda lihat di atas padang. Beliau masih mempunyai banyak potensi dan saya harap Cody dapat terus menunjukkannya kepada kami." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >