Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND

Liverpool terlalu kuat buat Chelsea

Apr 14, 2019 | 05:30 AM



SEGALANYA nampaknya mula menjadi semula buat pasukan Merseyside ini. Sejak kali terakhir seri pada 5 Mac lalu di Goodison Park, pasukan ini telah pun mencatat empat kemenangan berturut-turut, ini tidak termasuk kemenangan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.



Walaupun begitu, laluan mereka ke puncak liga, turut diekori hebat oleh pasukan Manchester City yang kini hanya ketinggalan dua mata di tempat kedua dengan kelebihan satu permainan dalam tangan.



Bagi perlawanan minggu ini contohnya, City akan bermain lebih awal. Andainya City menang menentang Crystal Palace di Selhurst Park, mereka akan mendahului Pool dengan satu mata. Dengan pasukan City mengekori rapat di tempat kedua, Pool tidak boleh leka walau seketika.



Lawan Pool minggu ini Chelsea, juga berada dalam prestasi yang sangat baik dengan kemenangan terbaru dalam Liga Eropah pada Jumaat lalu yang merupakan kemenangan keempat berturut-turut. Pool juga bakal menjangkakan tentangan hebat daripada Chelsea kerana mereka juga turut mengejar tempat ke Liga Juara-Juara Eropah.



Namun, itu tidak sepatutnya menjadi kegusaran buat mereka. Andainya Pool bermain mengikut kemampuan sebenar. Justeru, tiga mata di Anfield merupakan satu formaliti, dan Chelsea merupakan pasukan terbaru yang bakal menjadi mangsanya.



STRATEGI, FORMASI & KESEBELASAN UTAMA



Selepas memimpin pasukannya menang selesa Selasa lalu ketika menentang Porto di Anfield, Juergen Klopp dijangka melakukan penggiliran pemain dengan beberapa pertukaran kecil.



Seperti biasa, formasi 4-3-3 bakal menjadi pilihan Klopp dalam menghadapi perlawanan Ahad ini. Bagi barisan pertahanan, Andrew Robertison dijangka mengambil tempatnya semula selepas digantung pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto tempoh hari. Trent Alexander-Arnold, Virgil Van Dijk, Joel Matip atau Dejan Lovren bakal melengkapkan barisan pertahanan Liverpool.



Bagi perlawanan besar seperti ini, biasanya Klopp lebih gemar membariskan pemain tengah yang mempunyai mutu defensif yang baik tanpa menjejas mutu serangan Liverpool. Jordan Henderson, James Milner dan Giorginio Wijnaldum yang direhatkan pada dua perlawanan lalu biasanya menjadi pilihan Klopp. Kali ini, Klopp mungkin berada dalam dilema kerana gandingan barunya iaitu Naby Keita, Fabinho dan Henderson begitu menyerlah dan bertindak sangat cemerlang pada dua perlawanan terakhir mereka.



Henderson contohnya, dengan adanya Fabinho dalam barisan yang sama, tidak bermain sebagai posisi nombor 6 (defensif-tengah), tapi sebaliknya, Henderson atau lebih dikenali sebagai Hendo diletakkan dalam posisi yang lebih tinggi dalam dua perlawanan terakhirnya. Kesannya beliau buat kali pertama menjaringkan gol sulungnya ketika menentang Southampton di St Mary selepas turun sebagai pemain gantian. Malah, lorongan bola cantik Hendo kepada Alexander-Arnold menjadi pemula gerakan yang menghasilkan gol kedua jaringan Roberto Firmino ketika menentang Porto pada perlawanan Liga Juara-Juara.



Keita juga telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan terakhirnya sejak digandingkan bersama Fabinho dan Hendo. Pendek kata, gandingan ini saling melengkapi. Fabinho dengan sentuhan defensif membentengi pertahanan, Keita dengan daya kreatifnya dan Hendo sebagai pemain 'box to box' ala Gerrard.



Ini mungkin strategi yang bakal dirancangkan Klopp pada Ahad ini. Dengan itu, dijangkakan variasi bagi gandingan dan sumber bagi menghasilkan gol, bukan sahaja datang daripada Sadio Mane, Mo Salah atau Firmino. Tapi juga daripada sumber lain seperti Keita atau Henderson. Dengan kededua bek, Robertson dan Alexander-Arnold tetap memainkan peranan biasa di bahagian sayap kiri dan kanan. Peminat setia Pool atau The Kops pasti boleh berasa yakin bahawa tiga mata bakal bersama mereka seusai 90 minit perlawanan nanti.



PEMAIN TUNGGAK - ROBERTO FIRMINO



Boleh dikatakan Firmino merupakan pemain ofensif Liverpool yang paling 'form' sekarang ini. Jika pada awal musim dahulu Mo Salah, kemudian Sadio Mane. Kini giliran Firmino pula.



Mo Salah pula, walaupun baru sahaja menamatkan kemarau golnya pada perlawanan menentang Southampton yang lepas kelihatan masih lagi berkarat, dan gagal menyumbangkan sebarang gol ketika menentang Porto walaupun mempunyai beberapa peluang terbuka. Mane, juga gagal menyumbatkan sebarang gol pada tiga perlawanan terakhir Liverpool termasuk perlawanan pusingan suku akhir Liga Juara-Juara.



Berbeza halnya dariada Firmino, dalam lima perlawanan terakhir Pool termasuk ketika menentang Porto baru-baru ini, beliau telah terlibat dalam tujuh daripada 13 jaringan yang diperolehi Pool. Daripada jumlah tersebut, Firmino menjaringkan empat gol dan mencipta tiga jaringan gol, ini pastinya tidak termasuk sumbangan beliau secara tidak langsung dalam pembabitan gerakan bahaya Pool yang berjaya menghasilkan gol.



Firmino bukanlah tipikal penyerang nombor 9 biasa. Beliau merupakan pemain 'hybrid' antara pemain nombor 9 dan nombor 10. Fungsinya lebih sebagai pemain nombor 9.5, penuh dengan daya kreativiti, tapi sangat padu di hadapan gol. Beliau juga tidak statik dalam kotak penalti dan sentiasa terlibat dalam gerakan serangan. Beliau di manamana. Di tengah, sayap ataupun hadapan gawang gol.



Dalam perlawanan besar seperti ini, Pool memerlukan bintang seperti Firmino agar terus menyerlah bagi memastikan mereka terus memungut tiga mata penting supaya kekal dalam persaingan merangkul kejuaraan liga perdana buat kali pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >