Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Liverpool tersingkir dek sesiakan peluang

Diikat 0-0 oleh Real Madrid, yang mara ke separuh akhir bersama PSG, Chelsea, Man City
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Kempen Liga Juara-Juara Eropah Liverpool berakhir dengan kekecewaan selepas ia disingkir oleh Real Madrid di Anfield semalam.



Liverpool, yang ketinggalan 1-3 lepas suku akhir pertama di Madrid minggu lalu, diikat 0-0 oleh Real, yang mara ke separuh akhir bersama Chelsea dengan kiraan agregat.



Keadaan ini membuat Liverpool dan pengurus Juergen Klopp berdepan laluan mencabar untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.



Ini kerana juara bertahan Liga Perdana England (EPL) itu terkandas di tangga keenam liga, dalam musim yang dibelenggu kecederaan dan kehilangan form.



Ia perlu menang semua baki perlawanannya dan mengharapkan keputusan perlawanan lain berpihak padanya bagi menduduki tangga antara empat teratas, yang menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara.



Namun, Liverpool hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan gol walau mencipta banyak peluang dalam separuh pertama menentang Real semalam.



Mohamad Salah, yang biasanya tajam di depan gawang, mensesiakan dua peluang keemasan, termasuk merembat bola kencang langsung ke penjaga gol Thibaut Cortois.



James Milner dan Georgia Wijnaldum juga mensesiakan peluang keemasan bagi menjaringkan gol dan menambah tekanan pada Real.



Real, yang tiba di Anfield dengan strategi serang balas, bertahan dengan benteng padat bagi melindungi kelebihan dua golnya dan jarang mengancam gawang Liverpool.



Peluang terbaik Real menjaringkan gol datang daripada Karim Benzema, apabila beliau merembat kencang bola tetapi terkena tubuh pemain dan melantun ke tiang.



Keadaan serupa diulangi pada separuh kedua, dengan Liverpool ketandusan idea dan kreativiti untuk menceroboh benteng Real, dan apabila perlawanan berakhir, Real menjadi pemenang layak dan menanti pertemuan dengan Chelsea.



Liverpool kini akan menumpukan perhatiannya semula pada liga domestik, dengan realiti ia bukan tidak akan memenangi sebarang trofi musim ini, bahkan kian terdesak untuk naik ke tangga keempat.



"Kami bermain seperti biasa malam ini, tetapi kami tewas pada suku akhir ini selepas kekalahan di Madrid.



"Tiada apa yang boleh kami lakukan selain membangkitkan semula semangat dan menumpukan perhatian pada EPL," kata Klopp.



"Dan ini akan kami lakukan dengan bersungguh-sungguh."



Smentara itu, pendahulu EPL Manchester City mengekalkan peluang menjulang empat trofi - termasuk EPL dan Liga Juara-Juara - selepas ia menewaskan Borussia Dortmund 1-2 di Signal Iduna Park di Dortmund, untuk memenangi dua perlawanan suku akhir dengan agregat 2-4.



Ia mara ke separuh akhir di mana Neymar dan rakan-rakannya di Paris St-Germain menanti, dengan kededua kelab terdesak memenangi Liga Juara-Juara buat julung-julung kali. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >