Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

VAR dipersalahkan sedang United kecundang lagi di Copenhagen

Nov 09, 2023 | 02:18 PM



COPENHAGEN: Pada malam penuh kekecohan di Copenhagen dengan tujuh gol, dua penalti, kad merah yang “mengubah permainan”, penunjuk perasaan di atas padang dan gol kemenangan lewat oleh pemain gantian berusia 17 tahun – namun sekali lagi isu video penolong pengadil (VAR) menjadi topik perbualan hangat.


Dalam tempoh seminggu yang telah menyaksikan teknologi video itu menjadi tajuk utama kerana penggunaannya dalam kekecohan di Tottenham Hotspur pada Isnin, ia mempengaruhi keputusan penting di Denmark sedang Manchester United tergelincir dan mengalami kekalahan Liga Juara-Juara yang begitu menjejasnya. 

United tumbang 3-4 di tangan FC Copenhagen pada Rabu, yang menyaksikan Red Devils berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara.

Pengurus United, Erik ten Hag berpendapat penggunaan VAR sehingga membuang Marcus Rashford dari padang kerana meletakkan kakinya pada buku lali Elias Jelert telah “mengubah permainan”. Pada masa itu, pasukan pelawat mendahului 2-0. 

Pengadil Donatas Rumsas dipanggil ke monitor di tepi padang dua kali lagi dalam perlawanan, untuk memberikan penalti kepada setiap pasukan dek bola mengena tangan – kededuanya digambarkan sebagai “lemah” oleh bekas rakan sepasukan dan rakan kerja di studio TNT, Owen Hargreaves.

Segala-galanya berjalan lancar untuk United selepas 25 minit pertama yang boleh dikatakan paling berjaya bagi mereka musim ini.

Dua jaringan jarak dekat oleh Rasmus Hojlund dalam tempoh yang penuh keazaman membuatkan pasukan pelawat berada dalam kawalan sepenuhnya perlawanan.

Kemudian, dengan baki 42 minit perlawanan, pengadil dimaklumkan tentang kecuaian Rashford – kakinya diletakkan pada buku lali Jelert dalam apa yang kelihatan sebagai percubaan yang salah untuk melindungi bola.

Semakan dilakukan dan layangan kad merah kemudian menyusul.

“Saya fikir mula-mula kami bermain sangat baik sehingga kad merah dilayangkan. Kad merah itu mengubah segala-galanya. Kemudian ia menjadi permainan berbeza,” kata Ten Hag.

“Ia adalah keputusan keras – tumpuannya hanya pada bola. Semakan telah tamat, kemudian dia pergi ke skrin. Saya rasa pengadil tidak pasti.”

Hargreaves lebih berterus-terang apabila ditanya sama ada tindakan Marcus cukup untuk mendapat kad merah.

“Tidak dalam sejuta tahun. Marcus hanya cuba mengeluarkan kakinya untuk melindungi bola,” kata Hargreaves.

“Apabila anda melihat (video) ia kelihatan mengerikan, tetapi dalam masa sebenar dia tidak cuba untuk mengasarinya. Ia tidak berniat jahat, ia hanya satu kesalahan. Mereka perlu berhenti mengadili semula perlawanan ini seperti itu kerana ia merosakkan,” tambah beliau.

Scholes menambah: “Ia adalah mengenai memahami apa yang Rashford cuba lakukan. Dia secara tidak sengaja berdiri di atas kakinya. Dia fikir dia meletakkan kakinya ke bawah dan melindungi bola. Ia bukan cabaran jahat dan sama sekali tidak sengaja. Di sinilah pemahaman pengadil tentang permainan perlu dipersoalkan.”

Ten Hag juga bertegas bahawa dua gol yang diterima pasukannya sebelum waktu rehat tidak sepatutnya dikira, dengan VAR sekali lagi terlibat.

“Kami terima dua gol yang tidak sepatutnya dikira,” katanya.  “Yang pertama ofsaid – ada pemain di hadapan Onana. Yang kedua [penalti], apa yang boleh anda lakukan mengenainya?

“Kami perlu menangani banyak keputusan menentang kami dalam perlawanan lain. Begitulah keadaannya. Tetapi, musim ini panjang. Pada satu ketika, ia akan memihak kepada kami.”

Gol pertama yang dimaksudkan oleh Ten Hag dijaringkan oleh Mohamed Elyounoussi, dengan Elias Achouri, pemain yang dipercayainya menghalang pandangan penjaga gol Onana ketika berada dalam kedudukan ofsaid. 

Yang kedua berlaku pada pertengahan 13 minit tambahan pada separuh masa pertama yang ditangguhkan bagi tempoh lama oleh aksi penunjuk perasaan.

Untuk ini, VAR sekali lagi digunakan untuk menilai bahawa Harry Maguire telah menggunakan tangannya semasa cuba menendang bola keluar dari pertahanan. Diogo Goncalves menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >