Liverpool tewaskan Galatasaray, Atletico terselamat dalam Liga Juara-Juara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool tewaskan Galatasaray, Atletico terselamat dalam Liga Juara-Juara

Mar 19, 2026 | 2:15 PM

Liverpool tewaskan Galatasaray, Atletico terselamat dalam Liga Juara-Juara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Liga Juara-Juara, UCL 2026, Liverpool vs Galatasaray, Atletico Madrid vs Tottenham, Arne Slot, Mohamed Salah, Suku Akhir UCL, Keputusan Bola Sepak Eropah
Xavi Simons, pemain Tottenham Hotspur, menjaringkan gol ketiga mereka menerusi sepakan penalti melepasi Juan Musso, pemain Atletico Madrid, pada 18 Mac. - Foto REUTERS

LIVERPOOL (England): Liverpool melupakan prestasi hambar mereka dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila pasukan itu menewaskan Galatasaray 4-0 di Anfield pada 18 Mac, untuk kemenangan agregat 4-1.

Dominik Szoboszlai meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-25 dan mereka hampir mendahului secara agregat sebelum rehat tetapi penalti Mohamed Salah berjaya diselamatkan.

Liverpool bekerja keras selepas rehat, dengan gol daripada Hugo Ekitike, Ryan Gravenberch dan Salah, dan pasukan pelawat tidak dapat bertindak balas terhadap persembahan yang hampir sempurna.

Liverpool akan menentang juara, Paris St Germain (PSG), pada suku akhir kelak.

Arne Slot percaya Liverpool sudah memberi amaran jelas kepada PSG mengenai kemampuan sebenar mereka selepas membelasah Galatasaray 4-0 untuk menempah pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara, menentang juara bertahan itu.

PSG sebelum ini menyingkirkan pasukan Slot menerusi penentuan penalti dalam perjalanan menjulang piala itu buat kali pertama musim lalu.

Liverpool ketika itu berada di puncak Liga Perdana England (EPL), namun kini mengharungi musim kedua yang lebih mencabar di bawah kendalian Slot.

The Reds kini di tangga kelima liga dan terpaksa bangkit selepas tewas 0-1 pada aksi pertama di Istanbul.

Dalam pada itu, Atletico Madrid berjaya mengharungi kebangkitan Tottenham Hotspur untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 7-5 walaupun tewas 3-2 di utara London.

Pasukan Diego Simeone itu, yang menjaringkan empat gol dalam 22 minit pertama ketika mencatat kemenangan 5-2 di padang sendiri pada perlawanan pertama 11 Mac, goyah di bawah serangan Spurs, tetapi gol oleh Julian Alvarez dan David Hancko, memberi mereka sedikit ruang untuk bernafas.

Tandukan Randal Kolo Muani memberikan Spurs pendahuluan pada separuh masa pertama dan membakar harapan pasukannya.

Alvarez menjaringkan gol penyamaan sejurus selepas separuh masa pertama, tetapi apabila Xavi Simons mengembalikan pendahuluan Spurs dengan percubaan melengkung sejurus selepas itu, harapan kembali menerpa pasukan tuan rumah.

Penjaga gol Atletico, Juan Musso, berjaya menyelamatkan beberapa percubaan penting ketika Spurs terus menyerang tetapi tandukan tiang dekat Hancko menghentikan mereka.

Penalti pada minit ke-90 yang disempurnakan oleh Simons datang terlalu lewat tetapi sekurang-kurangnya ia memberikan rangsangan moral untuk Spurs ketika mereka kini fokus untuk mengelakkan penyingkiran daripada Liga Perdana.

Atletico mara ke suku akhir menentang Barcelona.

Atletico yang menduduki tangga ketiga La Liga dan baru-baru ini menyingkirkan Barcelona dalam Copa del Rey, kini ketinggalan 13 mata di belakang pasukan pendahulu kendalian Hansi Flick.

Anak buah Simeone perlu meningkatkan prestasi selepas aksi tidak konsisten jika mahu melangkah ke separuh akhir kelak. – Reuters, AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg