Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh Kean Yew dinobat Olahragawan Terbaik 2021

Nov 10, 2022 | 10:06 PM



PEMAIN badminton nombor satu negara, Loh Kean Yew, telah dinamakan Olahragawan Terbaik 2021 malam ini tadi (10 November).



Anugerah Olahragawati Terbaik pula dimenangi pemain tenis meja, Yu Mengyu.



Kedua-dua mereka diumumkan sebagai antara atlet terbaik negara pada tahun lalu dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands malam ini.



Anugerah tahunan itu bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas kelakonan dan pencapaian sepanjang tahun.



SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore (SportSG) dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik menjejas jadual sukan dan pertandingan.



Pada 2021, Loh meraih pencapaian mercu tanda sendiri apabila menjadi pemain Singapura pertama memenangi Kejohanan Sedunia BWF di Sepanyol.



Bulan ini, beliau juga mendaki lebih tinggi dalam ranking dunia – ke tangga ketiga – untuk menandingi Zarinah Abdullah, yang meraih pencapaian sama pada 1994 dalam perseorangan wanita.



Pesaing Loh dalam kategori itu ialah bekas pemain pool nombor satu dunia, Aloysius Yapp.



Yu pula mengalahkan atlet lawan pedang negara, Amita Berthier, dan pemain boling wanita negara, Shayna Ng, bagi kategorinya.



Yu meraih pujian di temasya Olimpik Tokyo selepas beliau bangkit daripada kecederaan untuk memberi saingan hebat kepada pemain China, Chen Meng, yang akhirnya memenangi pingat emas.



Yu, yang tewas kepada atlet Jepun, Mima Ito, dalam perlawanan merebut pingat gangsa, telah bersara.



PEMENANG ANUGERAH SUKAN SINGAPURA 2021



Olahragawan Terbaik : Loh Kean Yew (badminton)



Olahragawati Terbaik: Yu Mengyu (tenis meja)



Olahragawan Muda Terbaik: Maximilian Maeder (kapal layar)



Olahragawati Muda Terbaik: Ser Lin Qian (tenis meja)



Jurulatih Terbaik: Jason Yeong-Nathan (boling)



Pasukan Terbaik (Acara): Pasukan boling lelaki (Cheah Ray Han, Darren Ong, Jonovan Neo dan Jomond Chia)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >