Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Loh Kean Yew tetap tabah kejar gelaran juara

Jun 06, 2023 | 04:04 PM



SELAMA dua tahun berusaha dengan tabah dan tanpa mengenal erti lelah, akhirnya pada Disember 2021, beliau berhasil meraih gelaran juara badminton dunia.

Lapan belas bulan berikutnya, pemuda warga Singapura berusia 25 tahun ini malah bekerja lebih gigih untuk bermain dengan lebih baik bagi mempersiapkan diri menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Menjelang pertandingan Terbuka Singapura minggu ini – dari Selasa hingga Ahad – Loh Kean Yew berkata “pencarian saya adalah bagi mendapatkan corak permainan yang betul dengan pukulan-pukulan baik”.

Menurut Loh, awal sebelum ini beliau tidak punya banyak pertimbangan, sekadar bermain mengikut kemahuan, membuat pukulan smash sekuat hati.


“Selepas memenangi kejuaraan dunia, ramai (pemain) meneliti corak permainan saya untuk cuba mengalahkan saya. Justeru itu, tentu sahaja saya harus cuba mengubah corak permainan saya.

Sekarang sudah ada banyak rancangan dan strategi berlainan untuk menentang lawan.

“Sebenarnya, saya seronok kerana ia adalah satu cabaran, seperti menyelesaikan teka-teki untuk menjadi lebih baik dan mencapai matlamat.

“Adakalanya kesal juga kerana terlalu banyak yang diharapkan dan ada orang fikir secara semula jadi saya harus bermain dengan lebih baik. Tetapi ia tidak semudah itu.

“Ia memerlukan kesabaran. Perubahan seperti ini perlu bagi saya untuk mara ke taraf yang lebih tinggi, tetapi saya tidak tahu berapa lama proses ini akan berjalan,” ujarnya dalam wawancara bersama akhbar, The Straits Times , baru-baru ini.


Pengarah teknikal, Persatuan Badminton Singapura (SBA), Martin Andrew, membayangkan serba sedikit apakah perubahan yang dikatakan oleh pemainnya itu.

Ia termasuk variasi dan ketekalan semasa membuat servis, bermain dekat jaring, menguasai pukulan separuh gelanggang – sama ada pukulan kuat atau mendatar atau mencuri langkah, pukulan pada ketinggian yang betul, penyesuaian, pukulan sudut dan kecepatan untuk ke belakang gelanggang bagi mengelakkan lawan melakukan serangan.

Sebagai pemain penyerang, Loh juga berusaha untuk bermain dengan lebih baik dalam dewan yang agak perlahan perjalanan bulu tangkis. Ini tidak menyebelahi beliau apabila menentang lawan yang lebih gemar bermain dalam keadaan sedemikian.

“Kami sedang cuba mencipta senjata untuknya dalam sekitaran yang berbeza kerana setiap arena adalah unik, dan memastikan (Loh) boleh menggunakan senjata itu dan mengurangkan kelemahannya dalam keadaan tersebut,” ujar Andrew.

Loh tidak akan mensia-siakan sebarang peluang.

Pada Februari, beliau mula mengubah corak pemakanan ke arah yang lebih baik. Beliau mengurangkan lemak, minyak dan mentega untuk membantu mengawal berat badannya supaya beliau dapat bergerak pantas semasa bermain. Berat badannya kini mencecah 73 kilogram.

Bagaimanapun, Loh tidak punya banyak masa. Dengan jadual yang padat, termasuk sekitar 16 pertandingan dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024, Loh hanya boleh “mencuba dan membuat kesalahan” dalam pertandingan.

Loh, yang akan bermain menentang pemain dari Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, di Stadium Tertutup Singapura pada Rabu, berkata:

“Satu hal dalam diri saya yang saya tidak boleh terima ialah tidak tahu apa sebenarnya yang saya lakukan semasa dalam gelanggang, tetapi saya sedang berusaha untuk mengatasinya dan lebih percaya dengan proses ini.

“Semasa di pertandingan Terbuka All England dan Terbuka Jerman, banyak percubaan yang saya lakukan untuk melihat apa yang saya boleh dan tidak boleh lakukan, dan saya kalah dalam pusingan pertama.

“Tetapi saya perbaikinya dan berhasil hingga ke peringkat akhir kejohanan Asia.

“Memang biasa kita tidak bermain dengan baik, sebelum menunjukkan permainan yang lebih baik, dan saya percaya ini perlu. Cuma soalnya, berapa lama yang saya perlukan untuk kembali bermain dengan baik.”

Sementara Loh masih berbangga dengan gelaran juara dunia yang diraihnya, pemain muda itu juga menerima hakikat kegigihan lawannya untuk mengalahkannya.

Apatah lagi Loh belum memenangi sembarang gelaran juara sejak itu.

“Dengan adanya Internet dan media sosial, tidak mungkin kita dapat mengabaikan komen-komen negatif,” kata Loh, yang kini berada di ranking keempat dunia.

“Saya berasa lebih seronok bermain badminton sebelum ini, dan sekarang saya berasa harus bekerja lebih keras untuk menjadi lebih baik. Saya memang ingin bermain dengan lebih baik untuk diri sendiri, tetapi saya juga berasa saya harus bermain dengan lebih baik untuk memenuhi jangkaan orang lain,” tambahnya.

Selepas menjalani jadual harian, iaitu latihan selama dua setengah jam pada pagi, tidur pada tengah hari selama 90 minit, bersenam di gimnasium selama dua jam atau berlari sebelum menjalani latihan ringan teknik dan kemahiran pada petang, Loh sempat meluangkan masa untuk berbual bersama temanitanya sebelum tidur.

Bagi pihak Loh, Andrew memohon supaya bersabar dan memahami keadaan, sedang SBA terus membimbing pemain bertaraf dunia itu dengan prospek memenangi pingat di Sukan Olimpik itu.

Andrew turut menarik perhatian bahawa 10 pemain perseorangan lelaki terkemuka dunia, termasuk Viktor Axelsen, juga pernah tersingkir dalam pusingan pertama kejohanan dunia pada musim 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >