Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lokasi rasmi acara sepak takraw Sukan SEA penuhi piawaian antarabangsa, terbaik sejak 2017

Mar 14, 2025 | 7:15 PM
(Baris pertama, kelima dari kiri) Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Encik Abdul Halim Kader, telah ke Gimnasium Pusat Sukan Nakorn Pathom, yang merupakan lokasi rasmi untuk pertandingan sepak takraw Sukan SEA Ke-33 di Thailand. Beliau berpuas hati dengan kualiti, keluasan dan kemudahan yang disediakan di lokasi tersebut.
(Baris pertama, kelima dari kiri) Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Encik Abdul Halim Kader, telah ke Gimnasium Pusat Sukan Nakorn Pathom, yang merupakan lokasi rasmi untuk pertandingan sepak takraw Sukan SEA Ke-33 di Thailand. Beliau berpuas hati dengan kualiti, keluasan dan kemudahan yang disediakan di lokasi tersebut. - Foto ASTAF

Pada 10 Mac 2025, delegasi Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah melakukan lawatan rasmi ke Gimnasium Pusat Sukan Nakorn Pathom, yang merupakan lokasi rasmi untuk pertandingan sepak takraw Sukan SEA Ke-33 di Thailand yang akan berlangsung dari 7 hingga 19 Disember.

Delegasi itu merangkumi Presiden Astaf, Encik Abdul Halim Kader; bersama Pemangku Presiden  Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Boonchai Lorhphipat; Timbalan Presiden Istaf, Muhammad Fariq Halim; bersama Naib Presiden Persatuan Takraw Thailand merangkap Pengurus Pertandingan Sukan SEA Thailand, Profesor Chalerm Chaiwatcharaporn.

Mereka turut ke mengunjungi tempat acara untuk memastikan segala persiapan sedang berjalan dengan lancar menjelang temasya sukan tersebut.

Hasil pemerhatian di Nakorn Pathom Sports Center, Encik Abdul Halim memberikan pandangan yang amat positif, menyatakan bahawa lokasi itu sangat sesuai dijadikan lokasi rasmi bagi acara sepak takraw, memandangkan semua kemudahan yang ada memenuhi piawaian antarabangsa untuk penganjuran kejohanan bertaraf dunia.

Encik Abdul Halim turut menyatakan bahawa tempat acara itu adalah yang terbaik untuk sepak takraw sejak Sukan SEA 2017.

Tempat acara itu mempunyai kapasiti penonton sebanyak 4,000 orang dan dilengkapi dengan sistem hawa dingin sepenuhnya, menjanjikan keselesaan untuk semua yang hadir.

Majlis Perbandaran Nakorn Pathom juga memberikan jaminan bahawa semua kemudahan akan dinaik taraf demi keselesaan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pertandingan.

Selain itu, lokasinya bersih dan strategik, terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah terbesar di Nakorn Pathom, menawarkan banyak kemudahan kepada negara-negara peserta.

Para atlet dan pegawai yang terlibat dijangka dapat menikmati kemudahan sepanjang temasya sukan tersebut.

Lokasi itu juga mempunyai dua gelanggang sepak takraw pada satu masa, memenuhi ruang yang diperlukan berdasarkan piawaian undang-undang sepak takraw antarabangsa.

Encik Abdul Halim menyatakan keyakinannya bahawa penganjuran acara sepak takraw di Nakorn Pathom akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

Dengan persiapan yang rapi dan kemudahan yang mencukupi, beliau berharap acara ini akan menjadi satu kejayaan yang menggalakkan lebih banyak negara untuk terlibat dalam sukan sepak takraw di masa depan.

Beliau juga mengharapkan agar penganjuran acara sepak takraw ini menjadi platform terbaik dalam meningkatkan mutu pengurusan dan mencapai sasaran tanpa sebarang kekurangan dalam perancangan dan perlaksanaan.

Dalam konteks ini, ia diharapkan akan menjadi momentum yang penting untuk memastikan kejayaan temasya sukan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg