Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Luahan marah Jos Verstappen dedah perpecahan dalam Red Bull

Mar 04, 2024 | 03:34 PM



MANAMA (Bahrain): Gesaan bekas pemandu F1, Jos Verstappen, agar ketua pasukan Formula Satu (F1) Red Bull, Christian Horner, dipecat menimbulkan persoalan tentang masa depan anaknya, Max Verstappen, sedang pasukan dan juara dunia tiga kali itu meraikan kemenangan besar di Bahrain.


Perlumbaan pembukaan musim 2 pada Mac di litar Sakhir kerajaan Teluk itu kurang dramatik berbanding permainan kuasa yang ditunjukkan di litar tersebut.

Apa yang bermula sebagai dakwaan “tingkah laku tidak wajar” terhadap Horner oleh seorang pekerja wanita, yang dinafikan Horner, dan ditolak oleh satu siasatan bebas, telah mendedahkan perpecahan dalam pasukan paling dominan dalam sukan itu.

Pemilik majoriti jenama minuman tenaga Red Bull, jutawan Thailand, Chalerm Yoovidhya, menyatakan sokongannya kepada Horner di Bahrain, namun beberapa laporan menggambarkan pihak Austria dalam syarikat itu tidak menyokong Horner.

Ulasan Verstappen kepada media Daily Mail, yang menyatakan Red Bull akan ‘meledak’ jika Horner mengekalkan jawatannya, menimbulkan persoalan mengenai keadaan pasukan itu, sedang ia menuju ke Arab Saudi untuk perlumbaan di Jeddah pada 9 Mac.


Akhbar Daily Telegraph menyatakan Verstappen difahamkan telah memaklumkan beberapa rakannya bahawa anaknya, Max, akan meninggalkan Red Bull jika keadaan memaksa.


Namun Horner, 50 tahun, menegaskan di Bahrain bahawa pasukannya kini lebih bersatu.

Beliau mengulangi kenyataan itu pada 3 Mac, walaupun Verstappen bukan anggota pasukan itu secara rasmi.

Kenyataan berang Verstappen dikeluarkan selepas satu pertengkaran antara Verstappen dengan Horner sejurus selepas pusingan kelayakan pada 1 Mac dilaporkan secara meluas, dan kini tular di seluruh dunia.

“Terdapat ketegangan selagi dia kekal dalam jawatannya. Pasukan ini berada dalam risiko berpecah-belah. Ia tidak boleh terus begini. Ia akan meledak,” kata lelaki warga Belanda itu kepada Daily Mail.


“Dia melakonkan watak mangsa, padahal dia yang menyebabkan masalah,” tambah Verstappen.

BBC berkata Jos Verstappen mengesahkan bahawa beliau meluahkan rasa marahnya selepas bertengkar dengan Horner.


Anaknya maklum mengenai ulasan ayahnya, tetapi tidak berkata apa-apa.

Pertengkaran itu berlaku sehari selepas satu e-mel, dikatakan mengandungi bukti yang dikemukakan bagi siasatan “tingkah laku tidak wajar” terhadap Horner, dihantar tanpa nama kepada beberapa wartawan dan tokoh penting dalam sukan itu.

Verstappen, yang turut berada dalam senarai penerima, menafikan beliau memulakan kiriman e-mel itu.

Persoalannya sekarang adalah sama ada ketegangan tersebut akan memecahbelahkan pasukan itu, dan bagaimana Max, 26 tahun, akan memberi reaksi.

Horner adalah ketua pasukan yang paling lama berkhidmat dalam sukan itu.

Beliau membawa Red Bull ke Formula Satu pada 2005, menikmati gaya hidup selebriti, dan turut membintangi siri dokumentari Netflix bertajuk Drive to Survive.


Beliau, yang berkahwin dengan penyanyi Spice Girls, Geri Halliwell, mengetuai pasukan berpangkalan di Milton Keynes itu dan memenangi gelaran ‘pembina’ (constructor) keenam pada 2024, dengan 21 kemenangan dalam 22 perlumbaan.

Max memenangi rekod 19 perlumbaan tahun lalu dan meraih kemenangan ke-55 pada 2 Mac. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >