PARIS: Paris St-Germain (PSG) telah menandatangani kontrak dengan pemain pertahanan berusia 27 tahun, Lucas Hernandez, dari Bayern Munich dalam perjanjian bernilai £34 juta ($59 juta).
Hernandez telah memenangi “treble” atau menang tiga kejuaraan bersama Bayern pada musim pertama di kelab itu, iaitu pada musim 2019–2020.
Pada musim itu, pemain Perancis itu membantu Bayern, yang pada ketika itu dipimpin pengurus Hansi Flick, mengalahkan PSG untuk memenangi Liga Juara–Juara.
Hernandez, yang bermain 107 kali untuk juara Bundesliga itu, telah menandatangani kontrak lima tahun dengan PSG.
“Saya sangat teruja. Saya sudah lama menunggu untuk menyertai PSG, dan akhirnya ia berlaku. Ia adalah hari yang sangat istimewa untuk saya dan saya sangat gembira berada di sini,” kata Hernandez.
Beliau juga memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis, memainkan peranan penting di bahagian pertahanan pasukannya.
Walaupun Hernandez dipilih untuk menyertai pasukan Perancis pada Piala Dunia 2022, beliau tidak bermain setiap perlawanan akibat kecederaan lutut.
Perancis mara ke peringkat Final Piala Dunia 2022 tetapi ditewaskan oleh Argentina menerusi sepakan penalti. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg