PARIS: Persaingan sengit yang dinanti-nantikan pada acara final lari pecut lelaki 100 meter lelaki Sukan Olimpik 2024, memuncak dengan aksi hebat dipamerkan di State de France pada 4 Ogos apabila Noah Lyles dinamakan juara, sekaligus menamatkan kemarau pingat 20 tahun Amerika Syarikat (AS) dalam acara tersebut.
Atlet berusia 27 tahun itu meraih pingat emas di Paris dengan kelebihan 0.005 saat berbanding tempat kedua, Kishane Thompson dari Jamaica, manakala seorang lagi pelari pecut Amerika, Fred Kerley, meraih pingat gangsa dengan catatan 9.81 saat.
Noah, dengan pencapaian 9.79 saat, turut merampas gelaran juara dari Lamont Marcell Jacobs, dari Italy, yang meraih gelaran itu pada edisi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, yang sekadar meraih tempat kelima (9.85 saat).
Ia merupakan salah satu persaingan final 100 meter lelaki paling sengit dalam sejarah Olimpik, yang mana papan skor di stadium menunjukkan seolah kesemua tujuh atlet pertama mengakhiri perlumbaan tersebut secara serentak.
Kesemua lapan atlet yang bersaing pada malam itu menamatkan larian masing-masing dalam jangka waktu 0.12 saat daripada rekod pingat emas, dengan Oblique Seville dari Jamaica menjadi lelaki terakhir melintas garis tamat dengan catatan 9.91 saat.
“Inilah salah satunya pengalaman yang saya idamkan, iaitu persaingan yang mencabar, dengan pesaing yang luar biasa,” kata Lyles, juara 100 meter Olimpik pertama dari Amerika sejak Justin Gatlin pada 2004.
Jika jarak perlumbaan itu sekadar 99 meter, Thompson bakal merupakan individu yang menyambut kemenangannya tetapi Lyles berjaya meraih tempat pertama secara handal dengan badannya yang ‘menunduk’ tepat pada masanya untuk meraih pingat emas itu
Apabila beliau dinamakan juara, Lyles mengoyakkan ‘bib’ yang memaparkan namanya daripada pakaiannya dan menggelar dirinya, sebagaimana beliau telah berjanji pada dirinya sebelum ini, untuk menjadi lelaki terpantas di dunia
“Semua yang berada di sini datang bersedia untuk bertarung dan saya mahu buktikan sayalah yang terbaik daripada mereka semua,” kata Lyles.
Ini kali pertama kesemua lapan atlet memecah rekod di bawah masa 10 saat dalam perlumbaan 100 meter.
“Semua yang berada di sini telah bersedia bertarung dan saya mahu membuktikan bahawa saya yang terbaik daripada mereka semua,” katanya.
Juara Olimpik empat kali, Michael Johnson, berkata kepada BBC TV, perlumbaan tersebut adalah pusingan akhir 100 meter yang terbaik yang pernah beliau saksikan dan tiada yang “setaraf” dengannya.
“Sudah tentu pusingan terakhir ini menyemarakkan suasana yang wujud sebelum ini. Apabila saya melihat semua pusingan, ia seolah ditetapkan bahawa Kishane Thompson akan menang sebab beliau memasuki pertandingan ini sebagai lelaki terpantas di dunia,” kata Johnson.
“Malah perlumbaan ini sangat luar biasa seolah-olah anda boleh mencampak sehelai selimut di atas garis tamat.
“Kami tidak tahu pun siapa yang memenanginya selama beberapa minit.”
Selepas perlumbaan pada 4 Ogos itu berakhir, terdapat sedikit waktu sebelum keputusan rasmi dipaparkan di skrin besar di stadium.
Apabila skrin tersebut akhirnya menunjukkan keputusan rasmi, ia didapati pada saat-saat terakhir larian berkenaan, Lyles meraih tempat pertama dengan badannya dalam keadaan bertunduk di depan Thompson di garisan penamat.
“Umpama roller-coaster, ada naik dan turun. Saya masih ingat ketika di Tokyo, saya telah melakukan kesilapan. Dari hari itu, saya tekad untuk tidak melakukannya lagi. Saya akan tangani dengan sebaik mungkin dan berlatih bertahun-tahun,” kata Lyles.
“Saya fikir (Thompson) yang menang pada saat-saat terakhir. Saya pergi dekatnya ketika menunggu keputusan dan berkata kepadanya ‘saya rasa anda yang menang, syabas’, dan kemudian nama saya yang muncul saya rasa ‘wah, saya sangat luar biasa’,” tambahnya.
“Sejujurnya saya belum bersedia melihat (keputusan itu) dan ini kali pertama saya menyatakan demikian. Saya belum bersedia melihatnya.”
“
“Inilah salah satunya pengalaman yang saya idamkan, iaitu persaingan yang mencabar, dengan pesaing yang luar biasa... Umpama roller-coaster, ada naik dan turun. Saya masih ingat ketika di Tokyo, saya telah melakukan kesilapan. Dari hari itu, saya tekad untuk tidak melakukannya lagi. Saya akan tangani dengan sebaik mungkin dan berlatih bertahun-tahun,”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg