Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelari pecut S’pura Marc Louis undur diri dek kecederaan

Aug 4, 2024 | 12:09 AM
Marc Louis (kiri) ketika bertanding dalam pusingan kelayakan awal lari pecut lelaki 100 meter di Stade de France pada 3 Ogos.
Marc Louis (kiri) ketika bertanding dalam pusingan kelayakan awal lari pecut lelaki 100 meter di Stade de France pada 3 Ogos. - Foto REUTERS

Prestasi hebat dalam penampilan pertama beliau di Sukan Olimpik telah berjaya membawa pelari pecut Singapura, Marc Louis untuk mencapai impiannya untuk bertanding dengan juara 100 meter dari Italy, Marcel Jacobs dalam pusingan awal ke pusingan kelayakan pertama pada 3 Ogos.

Namun apabila detik itu tiba, pelari pecut terpantas Singapura itu tidak kelihatan.

Menjelaskan perkara itu, anggota Perkhidmatan Negara (NS) berusia 21 tahun itu berkata beliau terlepas peluang tersebut kerana mengalami kesakitan pada otot paha di kaki kanannya dan telah membuat keputusan yang terbaik agar dapat mengelakkan daripada kecederaan yang lebih serius.

Bercakap kepada The Sunday Times, Louis berkata perasaannya agak bercampur.

“Selepas perlumbaan, saya menunggu sebentar untuk menonton kesemua pusingan awal untuk melihat jika saya dapat layak memasuki pusingan seterusnya. Apabila saya kembali ke tempat menghangatkan badan, saya dapat tahu yang saya layak,” katanya

“Saya rasa gembira, dan jurulatih saya memberitahu saya bakal bersaing dengan Marcell Jacobs.

“Tetapi selepas pusingan prelim itu, saya rasa sedikit kesakitan. Saya kembali ke tempat berlatih sekali lagi untuk memeriksa keadaan saya dan memutuskan untuk tidak mengambil risiko.

“Ini adalah penampilan Olimpik pertama saya dan hakikat ini agak menyedihkan, tetapi keputusan ini adalah yang terbaik bagi saya.”

Pada perlumbaan kelayakan pusingan pertama di Stade de France, Jacobs ditempatkan di kedudukan kedua selepas mencatatkan 10.05 saat, sekaligus di belakang Kayinsola Ahayi (10.02 saat) dari Nigeria dan Abdul-Rasheed Saminu yang mencatatkan masa 10.06 saat,.

Hanya pesaing meraih kedudukan tiga tertinggi daripada setiap lapan pusingan kelayakan dan tiga atlet terpantas selanjutnya akan layak bertanding dalam tiga pusingan suku akhir pada 4 Ogos. 

Pada awalnya, sewaktu bertanding semasa pusingan awal, Louis bersaing dalam pusingan kelayakan pertama dengan merebut tempat ketiga dengan rekod masa 10.43 saat daripada tujuh pelari pecut lain, di belakang Ebrahima Camara dari Gambia (10.29 saat) dan warga Malaysia, Azeem Fahmi (10.42 saat).

Hanya atlet yang meraih tempat pertama dan kedua daripada setiap enam pusingan kelayakan prelim, dan empat pelari terpantas selanjutnya berjaya melangkah ke Pusingan Pertama dan Louis berjaya berbuat demikian.

Meakipun telah menyertai perkhidmatan negara (NS) pada September 2022 dan sedang memikul tanggungjawab sebagai juru tadbir, Louis menampilkan prestasi yang hebat sepanjang setahun yang lalu. 

Di Sukan Asia di Hangzhou, China pada September 2023, beliau mencatatkan rekod negara secepat 10.27 saat 0.10 saat lebih pantas berbanding U. K. Shyam dicapai pada 2001.

Louis kemudian memecah rekod negara 60 meter sekali lagi di Kejuaraan Dalaman Atletik Sedunia di Glasgow, Scotland pada Mac dengan masa 6.69 saat, lebih pantas 0.02 saat berbanding rekod Gary Yeo Pada 2012.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg