Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Macron kecam keganasan masa sambutan kemenangan PSG

Jun 2, 2025 | 2:54 PM
Presiden Perancis, Emmanuel Macron (depan, dua dari kanan) dan presiden Paris Saint Germain (PSG) Nasser al-Khelaifi (kanan) memegang jersi PSG ketika pemain pertahanan PSG, Marquinhos (kiri), memegang trofi Liga Juara-Juara semasa sambutan kemenangan mereka di Istana Élysée pada 1 Jun. Namun, Macron mengecam para peminat yang keterlaluan menyambut kemenangan tersebut hingga timbul keganasan semasa sambutan mereka di kota Paris.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron (depan, dua dari kanan) dan presiden Paris Saint Germain (PSG) Nasser al-Khelaifi (kanan) memegang jersi PSG ketika pemain pertahanan PSG, Marquinhos (kiri), memegang trofi Liga Juara-Juara semasa sambutan kemenangan mereka di Istana Élysée pada 1 Jun. Namun, Macron mengecam para peminat yang keterlaluan menyambut kemenangan tersebut hingga timbul keganasan semasa sambutan mereka di kota Paris. - Foto AFP

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengecam keganasan yang berlaku semasa sambutan kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) dalam final Liga Juara-Juara, menyifatkannya sebagai sesuatu yang “tidak boleh diterima” ketika beliau menyambut pasukan juara itu di Istana Élysée pada 1 Jun.

“Kami akan siasat, kami akan ambil tindakan, dan kami tidak akan berkompromi,” kata Encik Macron sebelum mengucapkan tahniah kepada para pemain PSG atas kejayaan mereka.

Menurut laporan The Straits Times, dua orang maut dan hampir 600 tangkapan dibuat sepanjang malam ketika para penyokong meraikan kemenangan besar PSG 5-0 ke atas Inter Milan di Munich pada 31 Mei.

“Saya turut bersimpati dengan seorang anggota polis di Coutances yang kini koma,” kata beliau, merujuk kepada kejadian di sebuah bandar di barat Perancis di mana seorang anggota polis terkena mercun di matanya.

Macron turut menyambut ketua jurulatih PSG, Luis Enrique, dan pasukannya selepas perarakan kemenangan mereka di Avenue des Champs-Élysées, sambil menghargai pendirian pantas para pemain yang mengecam keganasan tersebut.

“Perbuatan terpencil seperti ini tidak mencerminkan nilai kelab kami dan sama sekali tidak mewakili majoriti penyokong kami yang telah menunjukkan sikap terpuji sepanjang musim ini,” kata PSG pada 1 Jun.

Encik Macron turut mengucapkan tahniah atas kemenangan hebat PSG ke atas Inter Milan.

“Anda adalah juara, dan anda telah mengangkat nama Paris ke puncak bola sepak Eropah,” katanya.

Ini merupakan kali pertama PSG menjuarai kejohanan kelab paling berprestij di Eropah. –Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg