Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Formula Lelayang

Maeder rebut emas di Kejohanan Formula Lelayang Eropah

Atlet S’pura berusia 17 tahun pamer penguasaan di air
Mar 25, 2024 | 02:36 PM



Pada hari yang menyaksikan laluan kemenangan juara dunia Formula Satu (F1) Max Verstappen berakhir dalam perlumbaan Grand Prix Australia, peluncur lelayang Maximilian Maeder mengingatkan dunia pelayaran tentang penguasaannya di air.

Atlet Singapura berusia 17 tahun itu kini sibuk membuat persiapan, dengan Sukan Olimpik Paris pada Ogos menjadi sasaran utamanya.

Remaja itu melepasi ujian utama pertama selepas memenangi pingat emas dalam Kejohanan Formula Lelayang Eropah 2024 di Mar Menor, Sepanyol, pada 24 Mac.

Maeder memenangi edisi 2021 dan 2022 pertandingan itu tetapi terlepas edisi 2023 kerana mewakili Singapura dalam Sukan Asia Hangzhou pada Oktober 2023.

Di sebalik kemenangannya, Maeder, juara dunia dan pilihan utama untuk memenangi kejohanan Olimpik, berkata:

“Kami tidak boleh mengambil ini (kedudukan beliau sebagai pilihan utama) menjadi petunjuk prestasi kerana ada perkara tertentu yang pasti akan berubah dalam beberapa bulan akan datang.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan latihan musim sejuk, tetapi saya rasa adalah agak awal mengatakan bahawa ia akan menggambarkan prestasi saya untuk Olimpik.”

Saingan Maeder telah membandingkannya dengan juara dunia tiga kali F1 Verstappen awal minggu ini.

Ini kerana beliau telah menempah tempat dalam final selepas menguasai siri pembukaan, dengan memenangi 18 daripada 20 perlumbaan.

Peluncur lelayang Perancis, Axel Mazella, yang menduduki tempat kedua, mendapat tempat automatik yang lain.

Riccardo Pianosi dari Italy menduduki tempat pertama dalam peringkat Separuh Akhir A lelaki untuk memastikan tempatnya ke final, manakala peluncur lelayang Brazil Bruno Lobo memenangi peringkat Separuh Akhir B.

Mazella, 26 tahun, berkata: “Saya harap untuk satu kemenangan sahaja! Tetapi ada Max, di hadapan semua orang, seperti Max Verstappen.”

Maeder tergelak apabila mendengar kata-kata Mazella dan percaya bahawa terdapat rasa hormat antara kesemua peluncur lelayang.

Namun, beliau teruja mendapat pujian dan penghormatan daripada pesaing lain.

“Saya akui mereka menjadikan saingan sengit dan saya turut berusaha sedaya upaya, jadi adalah sangat menyeronokkan untuk berada di air bersama atlet yang handal,” tambah Maeder.

Beliau hanya memerlukan satu kemenangan dalam final selepas menduduki tempat pertama dalam pungutan pingat.

Maeder mengekalkan ketenangan walaupun tertinggal di beberapa selekoh awal sebelum mengawal perlumbaan dan melepasi garisan penamat terlebih dahulu, dengan Mazella dan Pianosi masing-masing meraih perak dan gangsa.

Adik Maeder, Karl, 15 tahun, menduduki tempat ke-18 dalam kategori perak peringkat kedua.

“Saya berbangga kerana adik saya bertanding dalam acara itu. Saya tidak sabar melihat beliau meningkatkan prestasi dan merealisasikan potensinya,” ujar Maeder.

Acara seterusnya yang akan disertai Maeder adalah pertandingan Trofeo Princesa Sofia di Palma, Sepanyol, dari 29 Mac hingga 6 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >