Topik diikuti
Pergi ke BHkuMaghribi bangkit tumbangkan Haiti 4-2, mara ke pusingan kalah mati
Maghribi bangkit tumbangkan Haiti 4-2, mara ke pusingan kalah mati
Maghribi bangkit tumbangkan Haiti 4-2, mara ke pusingan kalah mati
ATLANTA: Maghribi mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat 32 terakhir Piala Dunia 2026, namun terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk mengatasi Haiti 4-2 dalam perlawanan pada 25 Jun.
Di sebalik kemenangan itu, Maghribi kini naib juara selepas gagal mengatasi Brazil dalam kedudukan Kumpulan C.
Maghribi menamatkan perlawanan dengan tujuh mata yang sama dengan juara dunia lima kali itu, yang menewaskan Scotland 3-0.
Naib juara kumpulan itu akan menentang pemenang Kumpulan F, Jepun, Belanda atau Sweden, pada 22 Jun dalam pusingan kalah mati pertama.
Haiti, pasukan pertama yang tersingkir daripada kejohanan 48 pasukan selepas tewas perlawanan kumpulan kedua mereka, mendahului lebih awal tetapi pemain terbaik Afrika, Achraf Hakimi, menyamakan kedudukan pada minit ke-39.
Tendangan Wilson Isidor mengembalikan pendahuluan Haiti pada minit ke-43 tetapi Ismael Saibari menyamakan kedudukan sejurus selepas itu.
Maghribi terus meluru apabila pemain gantian Soufiane Rahimi menjaringkan gol dari jarak dekat selepas Haiti gagal mengeluarkan sepakan sudut dan Gessime Yassine yang berusia 20 tahun menjadikan kedudukan 4-2 pada minit terakhir.
“Ia perlawanan yang gila, terlalu banyak gol tetapi kami sangat gembira dapat layak ke pusingan seterusnya dan kini kami perlu terus berusaha.
“Haiti sudah tersingkir daripada pertandingan tetapi mereka menunjukkan semangat yang hebat namun akhirnya kami berjaya,” kata Hakimi.
Jurulatih Haiti, Sebastien Migne. berkata: “Kami perlu terus bekerja keras untuk kembali lagi empat tahun dari sekarang.”
Haiti membuka jaringan selepas 10 minit apabila Josue Casimir dengan tenang melindungi bola, menunggu Jean-Kevin Duverne untuk menyokongnya di bahagian sayap dan membawanya ke dalam kotak penalti sebelum hantaran tepat dibolosi dengan berani oleh Lenny Joseph ke arah gol.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada mulanya menghadiahkan gol kepada penyerang Haiti itu walaupun percubaannya kelihatan tersasar, tertolak ke belakang penjaga gol Maghribi, Yacine Bounou, tetapi ia kemudiannya diubah menjadi satu lagi gol sendiri.
Tetapi apabila beliau menepis hantaran lintang Bilal El Khannouss pada minit ke-39, Hakimi mengambil peluang dengan pantas menjaringkan gol penyamaan.
Duverne memberi ruang kepada Isidor untuk rembatan kencangnya daripada luar kawasan penalti untuk meletakkan Haiti di hadapan sekali lagi.
Tindak balas Maghribi jauh lebih pantas pada kali kedua, dengan Sofyan Amrabat membuat hantaran kepada Hakimi di sayap kanan dan kapten pasukan itu mengheret bola kembali untuk Saibari menyumbatkan bola ke gawang..
Pertahanan Haiti akhirnya dibolosi walaupun mereka membantah keras kerana kekasaran selepas Rahimi mengawal bola sebelum berpusing dan merembat masuk.
Rahimi memberi ruang kepada Yassine untuk merebut peluang selepas pemain pertahanan Haiti berhenti bermain, mempercayai bola telah keluar tetapi rakaman video mengesahkan gol tersebut. – Reuters.
