Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Maghribi sah sertai Sepanyol, Portugal untuk anjur bersama Piala Dunia 2030

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



RABAT: Raja Maghribi, Mohammed VI, mengumumkan pada Selasa bahawa negaranya telah menyertai bidaan Sepanyol dan Portugal untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia yang ke-100 pada tahun 2030.



Pengumuman itu bermakna Ukraine, yang kini dilanda perang, mungkin akan digugurkan daripada bidaan itu.



Raja Mohammed membuat pengumuman itu dalam perutusan yang disampaikan ketika beliau dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Konfederasi Bola Sepak Afrika 2022 di Kigali, di mana badan induk dunia Fifa mengadakan kongres tahunannya.



Persekutuan bola sepak Sepanyol dan Portugal tidak menjawab permintaan daripada agensi berita AFP untuk pengesahan tentang kemasukan Maghribi dalam bidaan tersebut.



Sepanyol dan Portugal mengisytiharkan pencalonan bersama mereka pada 2021, sebelum menambah Ukraine dalam bidaan mereka pada Oktober 2022.



Berbandingkan jarak antara Ukraine daripada Sepanyol dan Portugal, Maghribi hanya dipisahkan dari Sepanyol oleh Selat Gibraltar.



Bidaan dari Amerika Selatan termasuk Uruguay, Argentina, Paraguay dan Chile bersedia untuk mencabar bidaan Sepanyol dan Portugal itu.



Arab Saudi, bersama Mesir dan Greece, juga berharap untuk mencabar bidaan itu.



Piala Dunia pernah mempunyai tuan rumah bersama sebelum ini. Pada tahun 2002, Jepun dan Korea Selatan berkongsi pertandingan itu.



Pada 2026, pertandingan itu akan diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada, dengan 11 daripada 16 tempat yang dirancang akan dimainkan di Amerika.



Di bawah format baru yang diumumkan Fifa pada Selasa, Piala Dunia 2026 akan berkembang untuk melibatkan 48 pasukan dan bukannya 32 pasukan seperti Piala Dunia sebelumnya.



Ia akan menjangkau lebih 104 perlawanan, meningkat daripada 64 perlawanan di Qatar untuk Piala Dunia 2022.



Maghribi adalah satu lagi calon untuk menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026 tetapi ia menduduki tempat kedua dalam pengundian.



Ini adalah kali kelima Maghribi membida untuk menjadi tuan rumah selepas mencuba untuk Piala Dunia 1994, 1998, 2006 dan 2010.



Pertandingan itu pernah diadakan di Afrika sekali - di Afrika Selatan pada 2010. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >