Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maghribi sempurna misi baham Tanzania

Jan 18, 2024 | 2:52 PM
DIBUANG PADANG: Pemain pertahanan Tanzania, Novatus Miroshi (kiri), dilayangkan kad merah pada minit ke-70 dalam perlawanan antara Tanzania dengan Maghribi pada 18 Januari. Maghribi menang 3-0 dalam perlawanan itu.
DIBUANG PADANG: Pemain pertahanan Tanzania, Novatus Miroshi (kiri), dilayangkan kad merah pada minit ke-70 dalam perlawanan antara Tanzania dengan Maghribi pada 18 Januari. Maghribi menang 3-0 dalam perlawanan itu. - Foto AFP

MARRAKECH (Maghribi): Maghribi, yang turut dikenali sebagai Singa Atlas, memulakan kempen Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Tanzania dalam Kumpulan F pada 18 Januari.

Pasukan kendalian Walid Reragui itu membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi Romain Saiss selepas sepakan percuma Hakim Ziyech terpantul lalu beliau memanfaatkan peluang yang tersaji.

Gol susulan Azzedine Ounahi dan Youssef En-Nesyri pada separuh masa kedua melengkapkan kemenangan bagi pasukan tersebut.

Tanzania bermain dengan 10 pemain pada minit ke-70 setelah Novatus Miroshi dibuang padang.

Walaupun dianggap kuasa besar Afrika sejak beberapa dekad lalu, Maghribi masih memburu gelaran kedua kejohanan Afcon selepas kali pertama menjulang trofi kejuaraan di Ethiopia pada 1976. Ia kini antara pasukan pilihan untuk menjuarai trofi temasya itu.

Maghribi mengesahkan penguasaan di pentas antarabangsa lebih setahun lalu di Qatar apabila muncul sebagai pasukan pertama dari Afrika yang layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022, termasuk menyingkirkan Sepanyol dan Portugal.

Kemenangan dalam aksi Kumpulan F Afcon itu sudah dijangka kerana Maghribi kini menduduki tangga ke-13 dunia, iaitu 108 tangga di atas Tanzania.

Walid menjelaskan: “Kami kekal fokus kerana ada misi besar di sini dan status terkini pasukan yang perlu dihadapi.

“Orang ramai menantikan kami untuk menepati jangkaan, tetapi kami kekal berpijak di bumi nyata dan menghormati Tanzania dalam perlawanan ini.”

Maghribi memulakan perlawanan dengan menurunkan tujuh pemain yang bermula semasa pasukan itu tewas 0-2 kepada Perancis di separuh akhir Piala Dunia 2022.

Ia melibatkan tiga pemain La Liga, dua pemain Liga Perdana England (EPL) dan Ligue 1 serta dua pemain kelab Liga Pro Saudi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg