Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maguire tepis ‘gurauan’ penyokong Scotland

Pemain pertahanan dipersenda selepas sumbat gol sendiri, namun England
terlalu gagah bagi Scotland
Sep 14, 2023 | 03:05 PM



GLASGOW: Harry Maguire dari England berkata reaksi penyokong Scotland semasa perlawanan persahabatan pada Selasa di Stadium Hampden Park hanyalah “sedikit gurauan” dan dirinya “mampu menanganinya”.


Peminat Scotland mengejek pertahanan Manchester United itu, dengan ironisnya memuji hantaran-hantarannya, dengan Maguire menjaringkan gol sendiri dalam kemenangan 3-1 England.

“Ia agak menghilangkan tekanan ke atas rakan sepasukan saya dan meletakkan semuanya pada diri saya sendiri. Ia membuatkan mereka bermain lebih baik, pastinya,” kata Maguire.

Bos England, Gareth Southgate, yang mengecam “layanan tidak masuk akal” ke atas Maguire, berkata bahawa kritikan yang dihadapi pemain pertahanan itu adalah “gurauan”.

Maguire merupakan tunggak penting pasukan England yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Euro 2020 – dan menjadi kapten United selepas perpindahan £80 juta ($136 juta) dari Leicester City.

Tetapi, kemerosotan prestasi telah menyaksikan pemain berusia 30 tahun itu kehilangan tempat kesebelasan utamanya di Old Trafford dan daripada menjadi kapten pasukan bergelar The Red Devils itu.


Beliau kekal sebagai pemain tetap England dan hanya pemain gantian separuh masa di Hampden Park kerana Southgate menggilirkan pasukannya untuk perlawanan persahabatan.

Maguire telah menerima banyak kritikan dalam akhbar dan media sosial, menyebabkan beliau diejek oleh peminatnya sendiri – pada 2022 ketika perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast dan Jerman – dan United dalam perlawanan persahabatan pramusim di luar negara pada musim panas lalu dan sekali lagi tahun ini.

Mengenai perlawanan di Glasgow, Maguire berkata: “Ia adalah sedikit gurauan dan ia adalah persekitaran yang bermusuhan.”

“Kami tahu datang ke sini, apabila anda mendengar lagu kebangsaan dan cara mereka tidak menghormatinya, kami tahu ia tanda bermusuhan. Dan pada separuh masa kedua saya menerima kritikan besar.

“Saya gembira untuk menerimanya, jangan risau tentang itu,” tambah Maguire.

Empat daripada lima perlawanan terakhir Maguire adalah untuk England.

Satu-satunya penampilan United musim ini adalah sebagai pemain gantian dalam kekalahan mereka di Arsenal. Beliau hanya bermain selama 491 minit dalam Liga Perdana England (EPL) pada 2023.

Tetapi Maguire, yang hampir menyertai West Ham musim panas ini, berharap beliau akan mendapat lebih banyak peluang apabila bersama United dalam Liga Juara-Juara dan Piala Liga bulan ini.

“Saya menamatkan musim lalu dengan dua persembahan yang sangat baik untuk England dan saya telah bermain dalam semua lima perlawanan untuk membantu meletakkan kami di tempat yang sepatutnya, jadi saya perlu terus beraksi apabila saya dipilih.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >