Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Pemilihan skuad England: Dilema Southgate

Sep 04, 2023 | 05:30 AM



Apabila Gareth Southgate menamakan skuad England terbarunya pada Khamis, timbul pelbagai perbincangan mengenai pilihannya.

The Three Lions mempunyai perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine di Poland pada 9 September sebelum menentang Scotland dalam perlawanan persahabatan pada 12 September untuk merayakan ulang tahun ke-150 perlawanan itu.


Hanya tinggal empat kem antarabangsa sebelum Southgate menamakan skuadnya untuk Kejohanan Eropah di Jerman pada musim panas depan, kejohanan yang mungkin terakhir baginya sebagai pengurus England dengan kontraknya akan tamat pada Disember 2024.

Demikian ulasan yang dibuat oleh meja sukan Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Sebelum ini, Southgate telah memilih pemain yang telah diuji dan dipercayai – beliau memimpin pasukan itu ke final Euro 2020 dan suku akhir di Piala Dunia di Qatar, di mana diakui bahawa England telah mencapai kemajuan sebenar dalam gaya permainan mereka.

Berikut ialah beberapa dilema pemilihan yang boleh kita lihat kali ini.

Jurang di bahagian
‘midfield’

Apabila skuad England terakhir diumumkan pada Mei, Southgate menyatakan bahawa beliau akan terus memilih pemain terbaik yang ada, seperti yang dilakukan negara terbaik di dunia untuk membina konsistensi dalam keputusan dan prestasi.

Sejak itu, Jordan Henderson, bahagian penting dalam pasukan England selama bertahun-tahun, telah meninggalkan Liverpool untuk menyertai Al-Ettifaq di Arab Saudi.

Southgate berkata bahawa beliau telah bercakap dengan pemain tengah berusia 33 tahun itu mengenai perpindahan itu, jadi adalah menarik bahawa perpindahan itu tidak menjejas peluang Henderson dalam pasukan England.

Ini sedangkan bos England itu secara konsisten menyebut keperluan bermain di peringkat teratas dan bahawa cabaran dan tekanan yang dihadapi pemain di pasukan teratas adalah kunci kepada mereka menangani jangkaan di pentas antarabangsa.

Kalvin Phillips berkata selepas kemenangan 7-0 ke atas Macedonia Utara pada Jun bahawa beliau berhasrat kekal di Manchester City musim ini, tetapi pemain berusia 27 tahun itu masih belum bermain seminit untuk kelabnya musim ini.

Southgate membayangkan semasa kem terakhir bahawa pemain yang tidak bermain secara kerap di kelab mereka tidak boleh terus masuk ke dalam skuad England untuk selama-lamanya dan dengan kekurangan masa permainan, Phillips mungkin sukar disertakan.

Isu Maguire

Seorang pemain yang menjadi perhatian dalam skuad England sejak kebelakangan ini ialah pemain pertahanan, Harry Maguire.

Tidak dinafikan betapa pentingnya Maguire untuk Southgate sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi seperti Phillips, kekurangan masa permainan di Manchester United mungkin terlalu sukar untuk diabaikan.

Pemain berusia 30 tahun itu telah memulakan kesemua empat perlawanan kelayakan Eropah England setakat ini, dan dengan John Stones diketepikan akibat kecederaan, Maguire pemain pertahanan tengah paling berpengalaman yang perlu dipilih oleh Southgate.

Raheem Sterling adalah seorang lagi pemain yang dipercayai Southgate, tetapi disebabkan masalah kecergasan yang bercampur-campur, beliau tidak disenaraikan dalam dua skuad terakhir.

Pemain berusia 28 tahun itu adalah penjaring terbanyak selepas Harry Kane untuk England dan kelihatan segar di bawah pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino, musim ini.

Skuad Bawah 21 Tahun
terus maju

Pasukan Bawah 21 Tahun England memenangi Kejohanan Eropah buat kali pertama dalam hampir 40 tahun di Georgia, dan sebilangan besar pasukan itu kini terlalu tua untuk mewakili Young Lions.

Morgan Gibbs-White boleh dikatakan salah seorang pemain yang telah meneruskan prestasi itu ke musim semasa. Beliau mendapat bantuan dalam perlawanan menarik Nottingham Forest walaupun kalah kepada United baru-baru ini.

Pemain pertahanan Levi Colwill seorang lagi pemain yang sudah bersedia dan disertakan kali ini. Colwill sudah pun merasai pengalaman bermain dengan pasukan senior apabila beliau dipanggil menyertai latihan dalam kem antarabangsa yang lalu.

Berikutan permulaan yang baik untuk musim ini, Colwill telah diberi peluangnya, terutamanya dengan kelebihannya sebagai bek tengah kidal – berpotensi mencipta satu lagi cabaran untuk Maguire.

Pemain yang bakal
disertakan

Seperti biasa, terdapat sebilangan pemain mendesak untuk dipanggil menyertai skuad senior buat pertama kalinya, atau dipanggil semula.

Di Brighton, Solly March meneruskan prestasi cemerlangnya sejak akhir musim lalu, dan sudah menjaringkan tiga gol dalam Liga Perdana.

Pemain berusia 29 tahun itu adalah pemain lain yang disemak kali terakhir oleh pengurus England tetapi dengan penyerang yang dimasukkan pada Mei (Bukayo Saka, Jack Grealish, Phil Foden, Callum Wilson, Harry Kane, Marcus Rashford) dan potensi tambahan Sterling, beliau masih boleh berada di barisan kelapan untuk bermain.

Justeru, March kali ini masih diketepikan.

Sementara itu, pemain pertahanan Ben White, pemain tengah James Ward-Prowse dan penyerang Jarrod Bowen yang tidak terpilih semuanya akan berusaha keras untuk mendapatkan tempat tetapi dengan pemain yang kembali, muka baru, dan Southgate mahu membina konsistensi, mereka mungkin sukar mendapatkannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >