Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malam Anugerah SPL bakal sambut kecemerlangan pemain, kakitangan SPL sepanjang musim

May 29, 2025 | 8:11 PM
Sebanyak 13 anugerah bakal diberikan kepada pemain, kakitangan dan pengadil Liga Perdana Singapura (SPL) pada Malam Anugerah SPL pada 1 Jun di Hotel Orchard. Beberapa pemain cemerlang SPL, antaranya Tomoyoki Doi, Bailey Wright serta Shawal Anuar dicalonkan untuk menang anugerah pada di acara tersebut.
Sebanyak 13 anugerah bakal diberikan kepada pemain, kakitangan dan pengadil Liga Perdana Singapura (SPL) pada Malam Anugerah SPL pada 1 Jun di Hotel Orchard. Beberapa pemain cemerlang SPL, antaranya Tomoyoki Doi, Bailey Wright serta Shawal Anuar dicalonkan untuk menang anugerah pada di acara tersebut. - Foto FAIL

Malam Anugerah Liga Perdana Singapura (SPL), yang menghimpunkan pemain, jurulatih, dan pegawai bola sepak bagi meraikan kecemerlangan, baik di dalam mahupun di luar padang, akan berlangsung pada 1 Jun di Hotel Orchard.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 27 Mei, sebanyak 13 kategori anugerah akan disampaikan pada malam tersebut.

Penyerang Jepun, Tomoyuki Doi dari Geylang International, merupakan salah seorang calon bagi Anugerah Pemain Terbaik AIA SPL.

Doi mencipta sejarah musim ini dengan menjaringkan 44 gol ,satu rekod baru, sekali gus merangkul Golden Boot SPL dan Anugerah Pengiktirafan Khas.

Turut tersenarai sebagai calon adalah dua pemain Lion City Sailors, Bailey Wright dan Shawal Anuar.

Bagi kategori Jurulatih Terbaik POLAR Mineral Water, persaingan sengit dijangka antara Gavin Lee dari BG Tampines Rovers, Aleksandar Rankovic dari Sailors, dan Noor Ali dari Geylang International.

Dalam kategori Pemain Muda Terbaik AIA, antara calon adalah juara tahun lalu Seia Kunori yang kini bersama BG Tampines Rovers, Farhan Zulkifli dari Hougang United, dan Shingo Nakano dari Albirex.

Anugerah Golden Glove SPL akan diberikan kepada Syazwan Buhari dari BG Tampines Rovers yang mencatatkan 11 perlawanan tanpa dibolosi musim ini.

Pengadil perlawanan juga tidak dilupakan, dengan pencalonan untuk kategori Pembantu Pengadil Terbaik dan Pengadil Terbaik SELECT.

Majlis itu turut memberi tumpuan kepada ekosistem bola sepak yang lebih luas dengan anugerah seperti Gol Terbaik SELECT, Anugerah Fair Play, dan Pasukan Terbaik AIA SPL.

Acara itu juga akan memberi penghormatan kepada individu yang telah memberikan sumbangan besar dalam arena bola sepak tempatan.

Bekas pemain kebangsaan Adam Swandi dan Khairul Amri akan diraikan atas pencapaian cemerlang sepanjang kerjaya mereka.

Kelab Lion City Sailors FC juga akan diberi penghargaan atas pencapaian mereka sebagai naib juara Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2024/25.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg