Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Malam hebat di kolam renang Paris

Aug 1, 2024 | 6:14 PM
Katie Ledekcy, perenang asal Amerika Syarikat.
Katie Ledekcy, perenang asal Amerika Syarikat. - Foto AFP

PARIS: Atlet renang kebanggaan Perancis, Leon Marchand, dan perenang jarak jauh kebangsaan Amerika Syarikat Katie Ledecky mencatat sejarah, sementara pertandingan renang Sukan Olimpik Paris pada 31 Julai menyaksikan rekod dunia pertama dicatatkan di kolam renang Paris.

Perenang asal China, Pan Zhanle, menamatkan pertandingan dengan kejutan. Remaja itu mengungguli rekod dunianya sendiri pada kategori gaya bebas 100 meter, menghadiahkan tanah airnya pingat emas pertama dalam kategori tersebut.

Sebelum Pan Zhanle memecahkan rekod peribadinya, persembahan Marchand di kolam renang mengundang gemuruh di Arena La Defense, dalam kategori berganda gaya kuak kupu-kupu 200 meter dan gaya kuak dada – termasuk semasa upacara penyerahan pingat.

Rekod Olimpik dipecahkan di kededua pertandingan tersebut – dua bidang yang paling melelahkan dan mencabar.

Hingga 31 Julai, tiada perenang berjaya meraih pingat dalam bidang berganda itu.

“Bagai nak gila mendapatkan kesempatan berada di peringkat akhir dalam kededua perlumbaan.

“Saya telah mencapai banyak impian sejak berada di sini. Sejak awal lagi, saya rasa saya berupaya melakukan perlumbaan berganda ini, tetapi benar-benar dapat melakukannya di alam nyata merupakan suatu hal lain,” ujar Marchand.

Ghairah, semangat patriotik, dan emosi terpancar dari seluruh penjuru.

Marchand mengubah tekanan yang dihadapi menjadi persembahan yang tidak disangka penyokongnya.

Beliau, yang merupakan pemenang acara rampaian perseorangan pada 28 Julai, memulakan aksi gaya kupu-kupu dengan pemegang rekod dunia asal Hungary dan juara bertahan, Kristof Milak, mendahului dalam tiga pusingan pertama.

Namun, Milak terpaksa menerima pingat perak, dan perenang asal Canada, Ilya Kharun, mendapat gangsa.

Sorakan gemuruh penyokong melaungkan namanya pada setiap kuak – “Leon, Leon” – bergema di seluruh penjuru arena.

Marchand kembali mendahului pada pusingan gaya kuak dada hingga ke akhir pertandingan dalam masa 2 minit 5.85 saat.

Juara Olimpik Tokyo 2021, Zac Stubblety-Cook, menerima pingat perak, sementara pingat gangsa diraih oleh perenang Belanda, Caspar Corbeau.

Perenang Australia, Kyle Chalmers menang pingat perak dalam acara gaya bebas 100 meter di belakang Pan.

Tempat ketiga diduduki David Popovici dari Romania.

Ledecky juga merebut peluang untuk bersinar, walaupun kemenangannya tidak pernah diragui sedang beliau mempertahankan kejuaraan acara 1,500 gaya bebas menyamai rekod emas kelapan.

Perenang Amerika itu kini berkongsi dengan rakan senegaranya, Jenny Thompson, sebagai pemegang rekod atlet dengan pingat emas Olimpik terbanyak dalam bahagian renang wanita.

Thompson menang lapan kali dalam tiga Olimpik dari 1992-2000.

Pingat ke-12nya menyamai rekod yang diperoleh Thompson, perenang Amerika lain iaitu Darra Torres dan Natalie Coughlin, dan perenang Australia Emma McKeon.

Ledecky juga menjadi perenang wanita pertama yang berdiri di podium teratas dalam empat sukan Olimpik, prestasi yang sebelumnya hanya pernah diraih oleh rakan atlet lelaki senegaranya, Michael Phelps dan Ryan Lochte.

Satu lagi nama yang dikenali juga kembali berada di atas apabila Sarah Sjostrom dari Sweden menang acara ‘blue ribrand’ gaya bebas 100 meter wanita.

“Saya tidak terfikir akan berenang dalam acara gaya bebas 100 meter,” kata wanita 30 tahun itu kepada wartawan, setelah mengalahkan peraih pingat perak asal Amerika Syarikat, Torri Huske, dan pemenang pingat gangsa dari Hong Kong, Siobhan Haughey.

“Saya hanya ingin sertai acara 50 meter, saya ingin rehat setelah sampai 50,” tambah Sjostrom.

Namun jurulatihnya mendorong beliau melakukannya.

Perenang Canada, Summer McIntosh, menerajui acara renang wanita gaya kupu-kupu 200 meter, mendahului Regan Smith dari Amerika Syarikat dan pemegang rekod Olimpik asal China, Zhang Yufei.

Perenang Amerika Syarikat, Kate Douglass muncul sebagai perenang terpantas dalam pusingan separuh akhir acara gaya kuak dada 200 meter, mendahului juara Afrika Selatan, Tatjana Smith.

Perenang asal Amerika Syarikat, Ryan Murphy, juara Olimpik 2016, gagal layak ke final renang lelaki gaya terlentang 200 meter setelah meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter pada 29 Julai. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg