Dua kelab bola sepak terbaik negara, Lion City Sailors dan BG Tampines Rovers, yang antara mereka telah memenangi sejumlah 12 daripada 25 Piala Singapura sejak ia bermula pada 1998, akan bertempur untuk merebut piala itu pada 10 Januari, piala tempatan pertama musim ini.
Sailors telah memenangi piala tersebut sebanyak lapan kali dan mahu mempertahankan kejuaraan tersebut buat musim ketiga berturut-turut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg