Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perpindahan Lewis Hamilton ke Ferrari sudah dijangka

Hanya lima bulan selepas tandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Mercedes
Feb 02, 2024 | 10:23 AM



LONDON: Perjanjian Lewis Hamilton untuk berlumba bagi pasukan Ferrari mulai 2025 bermakna juara dunia tujuh kali itu mungkin bersara dengan pasukan itu.


Malah Hamilton telah dianggap selaku pemandu paling berjaya bagi pasukan Ferrari dalam sejarah sukan kereta lumba Formula Satu.

Mungkin ramai yang terkejut dengan berita pada 1 Februari itu, kerana ia hanya lima bulan selepas pemandu asal Britain itu menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Mercedes.

Namun terdapat logik di sebalik perpindahan tersebut.

Sebenarnya Hamilton sudah lama meminati Ferrari, meskipun pasukan Mercedes menyokongnya sejak zaman remaja, dan spekulasi tentang perpindahannya ke Ferrari mungkin bermakna kerjayanya akan berakhir dengan pasukan tersebut.

Hamilton juga pemilik kereta lumba Italy itu dan bertahun lamanya beliau amat terpegun dengan sejarah serta populariti kereta jenama tersebut.

“Memang saya pernah pandu kereta Ferrari. Malah semua orang memang impikan untuk memandu kereta jenama tersebut,” katanya.

Sejauh ini Mercedes telah memenangi hanya satu perlumbaan sepanjang dua tahun lalu, selepas lapan kejuaraan yang pernah dimenangi.

Ferrari pula merupakan satu-satunya pasukan yang telah menewaskan Red Bull pada 2023.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff sudah menjangkakan perpindahan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Hamilton pada 2019.

Sejauh ini Hamilton sudah memenangi 103 perlumbaan.

“Anda perlu akur bahawa sudah menjadi impian setiap pelumba untuk memandu di Ferrari satu hari nanti,” kata warga Austria itu kepada para pemberita.

“Ia merupakan pasukan paling ikonik, dengan jenama Formula Satu paling bersejarah dan saya menghormati keputusan pemandu yang mempunyai impian memandu di Ferrari.”

Yang pasti sehingga kini, hubungan Hamilton dengan Mercedes terus kukuh, namun beliau akur bahawa dirinya juga teruja memandu dengan pasukan Ferrari yang merupakan satu-satunya pasukan yang berlumba dalam setiap musim kejuaraan Formula Satu sejak 1950.

Ralf Schumacher, yang merupakan adik bekas pelumba yang telah menang tujuh kejuaraan bersama Ferrari, Michael Schumacher, menganggap kehadiran Hamilton kelak merupakan sesuatu yang amat didambakan.

“Saya fikir Ferrari adalah pasukan yang patut disertai kerana ia salah satu pasukan paling berjaya dalam sejarah Formula Satu,” katanya kepada sebuah saluran televisyen.

“Terutama bagi pelumba seperti Hamilton, yang telah mencapai segalanya, tapi kurang bernasib baik kerana tidak menang kejuaraan kelapannya.

“Saya fikir ia pelengkap dalam kerjaya lumba keretanya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >