Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City belum mahu rai selagi belum jadi juara

May 15, 2024 | 03:55 PM



LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata tidak ada sebarang majlis untuk meraikan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Tottenham Hotspur pada 14 Mei.


Keputusan itu meletakkan City di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) dan kelab itu hanya perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang West Ham United untuk bergelar juara EPL empat kali berturut-turut.

City menunjukkan persembahan di bawah tahap terbaiknya, dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol gantian, Stefan Ortega, yang menyelamatkan percubaan Tottenham sebelum Erling Haaland menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti walaupun cedera.

“Kami gembira di bilik persalinan tetapi mereka tahu ini belum berakhir. Mereka tahu perlawanan pada 19 Mei nanti adalah sukar,” kata Guardiola.

Berdasarkan carta terbaru liga, City kini mengumpul 88 mata manakala Arsenal masih mampu menafikan peluangnya untuk bergelar juara liga. Arsenal cuma dua mata di belakang.

“Kami perlu memenangi perlawanan ini untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan,” tambahnya.

Pada perlawanan terakhir musim pada 19 Mei ini, City akan berdepan West Ham manakala Arsenal menentang Everton.

Man City bermain dengan rentak kurang rancak di stadium baru Tottenham di mana mereka tidak pernah menjaringkan gol Liga Perdana, sehingga pada 14 Mei.  

Guardiola berkata pasukannya berasakan tekanan kerana City mungkin menjadi pasukan pertama dalam sejarah bola sepak England yang menjadi juara liga empat kali berturut-turut.

Menurutnya, Arsenal tidak bermain dengan baik ketika bertemu Manchester United.

“Mereka tahu jika mereka tidak menang dalam perlawanan itu, mereka tidak akan memenangi Liga Perdana.

“Ia sama untuk kami pada perlawanan 19 Mei ini apabila bertemu West Ham. Kami akan berasakan tekanan. Lihat Aston Villa beberapa musim lalu, yang ketinggalan 0-2 15 minit sebelum tamat, Sergio Aguero menentang Queens Park Rangers (perlawanan), berlanjutan hingga 93 minit.

“Ia sesuatu yang biasa. Itulah sebabnya kami berkata semua pemain perlu rehatkan diri, dan lakukan apa yang mereka perlu lakukan, itu sahaja,” kata Guardiola.

Bekas pemain pertahanan Tottenham, Kyle Walker, bersetuju dengan Guardiola sambil berkata bahawa emosi pemain sedang memuncak ketika ini.

“Kami buat persiapan, kami pulih (daripada latihan) dan West Ham adalah satu lagi perlawanan akhir. Harapnya kami dapat mencipta sejarah untuk kelab hebat ini.

“Semoga kami meraih kemenangan. Jika saya tidak menikmati tekanan ini, saya telah memilih pekerjaan salah dan pasukan salah,” katanya kepada Sky Sports. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >