Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City hadapi laluan mudah dalam pusingan kalah mati

Dec 19, 2023 | 02:54 PM



LONDON: Juara bertahan Liga Juara-Juara Uefa (UCL), Manchester City, akan berdepan FC Copenhagen dalam pusingan 16 pasukan terakhir pertandingan kelab elit Eropah itu.


Ini kali pertama FC Copenhagen, juara liga Denmark, melangkah ke pusingan kalah mati sejak 2011.

Juara UCL 14 kali, Real Madrid, akan bertemu RB Leipzig, manakala Inter Milan – naib juara musim UCL sebelum ini – akan menentang Atletico Madird.

Arsenal pula akan berdepan FC Porto dan Bayern Munich berhadapan Lazio.

Kali terakhir Arsenal, pendahulu Liga Perdana England (EPL), berdepan dengan FC Porto adalah pada 2010 yang menyaksikan mereka menang 5-0 di padang sendiri.

Namun, pasukan kendalian Mikel Arteta itu belum pernah mencatatkan kemenangan di padang lawan, iaitu Estadio do Dragao.

FC Porto, naib juara Liga Primeira Portugal musim sebelum ini, berkongsi mata dengan Barcelona dalam peringkat saringan UCL Kumpulan H dan menang empat daripada enam perlawanannya.

City pula berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan G, manakala FC Copenhagen menduduki tangga kedua Kumpulan A – di belakang Bayern Munich – selepas menewaskan Manchester United 4-3.

Anak buah Pep Guardiola pernah menentang FC Copenhagen dalam peringkat kumpulan UCL sebelum ini, yang menyaksikan mereka menang selesa 5-0.

Pusingan pertama UCL akan berlangsung pada 13-14 atau 20-21 Februari dan pusingan kedua pada 5-6 Mac atau 12-13 Mac.

Bagi ‘play-off’ Liga Europa pula, 16 pasukan akan bertarung untuk menjamin tempat ke pusingan kalah mati.

Perlawanan sedemikian akan berlangsung pada 15 dan 22 Februari.

Perlawanan akhir bagi UCL akan diadakan di Stadium Wembley pada 1 Jun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >