Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Man City kini wajar digelar 'legenda': Guardiola

Julang mahkota EPL buat kali keempat dalam 5 musim
May 24, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata pasukannya itu kini di tahap 'legenda' selepas berjaya meraih gelaran juara Liga Perdana England (EPL) buat kali keempat dalam lima musim.



City memenangi liga tersebut selepas berjaya mengatasi Liverpool dengan hanya satu mata menyusuli kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa dalam perlawanan terakhir liga yang berlangsung di Stadium Etihad.



Ini juga merupakan pingat ke-11 bagi Guardiola dalam tempoh enam tahun sejak berada di England.



"Kami legenda. Kami akan terus diingati. Kumpulan pemain ini memang harus kekal selamanya dalam kelab ini," kata Guardiola.



"Pencapaian ini memang amat sukar. Ia pernah dicapai Sir Alex Ferguson dengan Manchester United sebelum ini... dua atau tiga kali... sekarang saya sedar betapa hebatnya pencapaian tersebut. Sekarang kami juga sudah mengecapinya."



Villa mendahului City 2-0 sekitar 15 minit sebelum perlawanan itu tamat, namun Ilkay Gundogan menyumbatkan dua gol dan ditambah gol dari pemain tengah Rodri dan ini membolehkan City bangkit dalam hanya lima minit.



Jika mereka gagal dalam perlawanan, Liverpool, yang memenangi perlawanan terakhir mereka, akan digelar juara liga tersebut.



"Perlawanan akhir biasanya memang lebih istimewa dan penuh emosi," kata Guardiola.



"Aston Villa telah memberikan yang terbaik namun gol pertama itu mengubah segalanya, dan kita perlu mengatasinya.



"Apabila anda memenangi Liga Perdana di negara ini empat kali dalam lima musim, ia adalah kerana keistimewaan kesemua pemain.



"Apabila kemenangan dicapai di negara sendiri, memang terbaik. Sebaik kami berjaya menyamakan kedudukan, kami yakin ada peluang untuk menyumbat satu lagi gol.



"Suasana ini memang yang terbaik pernah saya alami sejak berada di sini. Saya harap kita boleh sambut kemenangan ini bersama penyokong kami di Manchester," tambahnya.



Liverpool mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Wolves namun tidak dapat melakukan apa-apa untuk menghalang City dari mempertahankan kejuaraan mereka.



Secara keseluruhan, kededua pasukan itu hanya kalah dalam lima perlawanan liga sepanjang musim ini.



"Pencapaian ini lebih hebat memandangkan pesaing kami juga hebat dan saya tidak pernah melihat pasukan seperti Liverpool sepanjang hidup saya.



"Tahniah saya ucapkan kepada Liverpool... mereka mendorong kami untuk beraksi lebih baik setiap minggu."



Apabila ditanya sama ada beliau merancang untuk kekal dengan pasukan itu selepas kontraknya tamat akhir musim depan, beliau menambah: "Saya tak ada tenaga dan tak ingin memikirkan musim akan datang sekarang.



"Setiap musim memang semakin sukar... kelab ini telah memberikan saya detik-detik yang hebat dalam hidup tapi saya perlu betul-betul merasakannya, pemain dan kelab juga perlu merasakannya.



"Sekarang masanya untuk meraikan kemenangan ini, kami juara sekali lagi."



Pemain Jack Grealish, yang telah menyertai City pada harga rekod £100 juta pada Ogos lalu dari Villa, berkata beliau "hampir menangis" setelah akhirnya dapat menyentuh trofi EPL. - Agensi berita




"Kami legenda. Kami akan terus diingati. Kumpulan pemain ini memang harus kekal selamanya dalam kelab ini... Pencapaian ini memang amat sukar. Ia pernah dicapai Sir Alex Ferguson dengan Manchester United sebelum ini... dua atau tiga kali... sekarang saya sedar betapa hebatnya pencapaian tersebut. Sekarang kami juga sudah mengecapinya."
- Bos Man City, Pep Guardiola.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >