Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man City menang Piala Super menerusi penalti

Pasukan bimbingan Pep Guardiola tundukkan Sevilla dengan tendangan Nemanja Gudelj terkena palang
Aug 17, 2023 | 05:17 PM



ATHENS: Manchester City menambah Piala Super Uefa kepada tiga kejuaraan yang dijulang mereka musim lalu dengan menundukkan Sevilla menerusi tendangan penalti, di Athens.


Pemenang Liga Juara Pep Guardiola kalah Perisai Masyarakat kepada Arsenal dalam tendangan penalti, tetapi menyaksikan nasib mereka berubah apabila tendangan pemain Sevilla, Nemanja Gudelj, terkena palang setelah sembilan penalti berjaya membolosi gawang.

City perlu bangkit dalam pertemuan mendebarkan untuk memaksa ke tendangan penaliti setelah tandukan Youssef En-Nesyri meletakkan pemegang Liga Europa di hadapan selepas 25 minit perlawanan berlangsung.

Kededua penjaga gawang Sevilla, Bono dan penjaga gawang Manchester City, Ederson, beraksi cemerlang dengan menyelamtkan gawang masing-masing, sebelum pemain terbaik perlawanan Cole Palmer, melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola ke gawang lawan pada minit ke-63 hasil hantaran lintang, Rodri.

Perlawanan menjadi tegang sebelum akhirnya satu lagi kejuaraan ditambah buat pasukan pimpinan Guardiola itu.

Palmer yang berbakat sudah pun memberi kesan dalam musim ini dengan gol yang menakjubkan dalam pertandingan Perisai Masyarakat semasa menentang Arsenal.

Prestasi pemain berusia 21 tahun itu di Athens bukan hanya menjadi sebab untuk beliau disertakan dalam pasukan utama City, tetapi juga menarik pujian daripada pemain pasukan itu yang kini sudah berpindah kelab.

Riyad Mahrez, yang kini bersama pasukan Al-Ahli di Arab Saudi, memberi penghargaan terhadap prestasi Palmer – dan pemain muda itu boleh berpuas hati dengan persembahannya sejauh ini.

Beliau sudah pun menguji Bono dan menunjukkan sentuhan baik dalam separuh masa pertama sebelum menyamakan kedudukan buat pasukannya.

Gaya kaki kiri tidak bermaya Palmer yang beraksi menerusi sayap kanan City mendatangkan ancaman sebenar buat pasukan lawan, dengan memberikan hantaran yang gagal dimanfaatkan sepenuhnya rakan sepasukan.

Beliau dengan wajarnya diumumkan sebagai pemain yang menunjukkan prestasi baik pada malam di mana City perlu menangani kelembapan dan haba yang teruk – yang secara fizikal membebankan kededua pihak.

Guardiola telah memberi peluang kepada pemain mahal mereka, Josko Gvardiol, bermain buat kali pertama di bahagian pertahanan.

Erling Haaland, Julian Alvarez, Mateo Kovacic, Jack Grealish dan Kyle Walker berjaya dalam tendangan masing-masing menerusi penalti masing-masing. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >