BRIGHTON AND HOVE: Peminat Manchester United dapat menamatkan Liga Perdana England (EPL) dengan gembira dalam musim yang mengecewakan.
Jaringan Rasmus Hojlund dan Diogo Dalot membantu United menang 2-0 ke atas Brighton.
Dengan kemenangan itu, pasukan bimbingan Erik ten Hag mengakhiri musim di tempat kelapan – paling rendah sejak 1989-90.
Prestasi separuh pertama United yang hambar merupakan gambaran cocok bagi musim United yang mengecewakan.
Namun, United kini boleh memberikan tumpuan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei.
Harapan United ialah menewaskan City supaya mereka dapat melayakkan diri ke Liga Eropah musim depan. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg