Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U bernasib baik, tapi prestasi tidak ‘memalukan’

Apr 22, 2024 | 11:49 AM



WEMBLEY: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, mengaku bahawa pasukannya bernasib baik dapat mara ke peringkat akhir Piala FA.


Namun, beliau tetap percaya kemenangan sepakan penalti pasukannya ke atas pasukan Championship, Coventry, bukan sesuatu yang memalukan.

Dengan baki tempoh perlawanan 20 minit, United mendahului perlawanan itu 3-0 dan kelihatan selesa.

Namun, bukan buat kali pertama United seperti akan membazirkan kelebihan mereka, dengan perlawanan itu dibawa ke masa tambahan apabila Coventry berjaya menyamakan kedudukan dalam masa itu.

United hanya berjaya mengelak kekalahan kerana jaringan lewat Victor Torp, dibatalkan akibat ofsaid oleh penolong pengadil video, Peter Bankes.

United akhirnya berjaya mengatasi Coventry melalui sepakan penalti 4-2.

Namun, selepas keputusan mereka kebelakangan ini menentang Brentford dan Chelsea dengan mereka membazirkan kelebihan mereka, prestasi pasukannya untuk perlawanan ini merumitkan lagi keadaan, bukan melegakan tekanan ke atas Ten Hag.

“Kami boleh bermain di tahap yang sangat tinggi, tapi kami juga boleh merosot ke tahap yang sangat rendah pada perlawanan sama,” kata Ten Hag.

“Ini tidak dapat dijelaskan. Kami harus bermain dengan lebih baik, sudah beberapa kali kami mengecewakan diri kami sendiri. Hari ini kami bernasib baik,” tambahnya.

Ten Hag menafikan bahawa kemenangan mereka ke atas Coventry merupakan sesuatu yang memalukan.

Beliau berkata prestasi pasukannya untuk perlawanan ini tidak boleh digunakan untuk menilai kebolehan beliau sebagai seorang pengurus.

“Ia tidak masuk akal,” katanya.

“Dengan semua kecederaan yang kami alami, kami tidak mempunyai pemain. Kami juga tidak mempunyai baris pertahanan yang sedang bermain di posisi terbaik mereka,” jelas Ten Hag.

“Akhirnya, ia merupakan satu pencapaian untuk ke peringkat akhir untuk dua tahun berturut-turut. Saya lihat kesilapan yang kami lakukan tetapi ia tidak memalukan,” tambah beliau.

Namun, tidak semua sependapat dengan Ten Hag, dengan pakar bola sepak, Jamie Carragher, berpendapat bahawa pemain United akan rasa malu dengan prestasi mereka.

“Saya rasa keputusan ini akan menyebabkan Ten Hag untuk kehilangan kerjayanya. Saya tidak tahu bagaimana beliau akan kekal di United,” ujarnya.

Namun, pendapat pemilik bersama Joel Glazer, Avram Glazer serta Jim Ratcliffe, dan juga pengarah teknikal baru mereka, Jason Wilcox, yang menyaksikan perlawanan tersebut akan terbukti lebih penting.

Seperti bekas kapten United, Roy Keane, mereka sudah pasti akan perasan bagaimana pemain United bertindak selepas Rasmus Hojlund menjaringkan penalti kemenangan mereka.


“Saya sedang mencari seorang pemimpin, tetapi ia tidak dapat ditemui semasa perlawanan tersebut,” kata Keane kepada pihak media.


Dengan kelayakan Liga Juara-Juara kelihatan sukar untuk dicapai, kejayaan United memenangi Piala FA itu akan memainkan peranan penting dalam menentukan jikalau Ten Hag akan kekal di United ataupun tidak.

Bekas pemain United, Gary Neville, berkata gaya United memenangi perlawanan tersebut tidak memberi cerminan yang baik untuk Ten Hag dan pasukannya.

Namun, beliau juga tahu nilai kejayaan dalam pertandingan sebegini – dan kejayaan untuk mengulangi kemenangan tahun lalu ke atas City akan memberikan semangat yang diperlukan oleh United, tidak kira bagaimana mereka dapat lakukannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >