Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man U dijangka ‘jual’ Sancho pada Januari 2024

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho, sedia pindah selepas gagal selesai perselisihan dengan Erik ten Hag
Sep 12, 2023 | 04:18 PM



MANCHESTER: Jadon Sancho menghadapi masalah menyelamatkan kerjayanya dengan Manchester United.


Bintang bola sepak yang bermasalah itu melihat hubungannya dengan pengurus United, Erik ten Hag rosak sepenuhnya.

Sancho telah mengadakan rundingan genting dengan ten Hag mengenai masa depannya dengan United, berikutan perselisihan antara kedua-duanya.

Ten Hag memecat pemain sayap England itu daripada skuadnya, kerana kekalahan di Arsenal 1-3 baru-baru ini, dan menyalahkan sikap dan latihan buruk Sancho, atas keputusan tersebut.

Sancho membalas di media sosial, menafikan dakwaan itu dan menuduh ten Hag berbohong.

Difahamkan, kedua-duanya sedang bergelut untuk menyelesaikan perselisihan mereka – disebabkan kekurangan kepercayaan dalam hubungan yang retak.

Malah ketiadaan pemain sayap asal Brazil, Antony pada masa ini, disebabkan dakwaan penderaan domestik yang dinafikannya, tidak dijangka meningkatkan peluang Sancho untuk kembali disertakan dalam kesebelasan utama.

Ten Hag kejam apabila berurusan dengan pemain yang beliau fikir tidak akan berjaya, atau telah menjadi pengaruh buruk kepada skuadnya.

Sancho akan cuba meninggalkan kelab itu pada musim perpindahan Januari 2024.

Sancho dijangka memperoleh perjanjian pinjaman dengan kelab lain, seiring tujuan untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang.

Ia akan menamatkan apa yang telah menjadi malapetaka di Old Trafford bagi Sancho.

Sancho menyertai United dalam perjanjian £75 juta (S$127.7 juta) dari Borussia Dortmund pada 2021, tetapi gagal memberi impak.

Sancho, yang kehilangan tempat dalam skuad England kendalian Gareth Southgate, hanya menjaringkan 12 gol dalam 82 penampilan.

Dalam kenyataannya di media sosial, beliau berkata: “Saya menghormati semua keputusan yang dibuat oleh kakitangan kejurulatihan.

“Saya bermain dengan pemain yang hebat dan bersyukur dapat melakukannya... saya tahu setiap minggu adalah satu cabaran. Saya akan terus memperjuangkannya,” katanya dipetik oleh akhbar Britain, Daily Star.


Musim lalu, ten Hag mendapat pujian daripada peminat dan media kerana bijak mengendalikan situasi Cristiano Ronaldo yang akhirnya menyebabkan penyerang Portugal itu meninggalkan United ke Arab Saudi.

Tidak hairanlah apabila beliau mengamalkan pendirian yang sama tegasnya dalam menangani isu Sancho. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >