Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Salah ‘komited’ pada Liverpool, kata ejen pemain

Aug 10, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Mohamed Salah komited pada Liverpool, kata ejen pemain itu, dengan spekulasi kian rancak pemain tersebut akan berpindah ke Arab Saudi selepas dipikat dengan gaji jutaan dolar.


Akhbar Saudi, Al Riyadiah berkata Al-Ittihad, yang beraksi dalam Liga Profesional Saudi telah membuat tawaran awal kepada Liverpool dan Salah.

Difahami, Al-Ittihad menawarkan Salah kontrak dua tahun bernilai £155 juta ($265 juta) dan bayaran perpindahan £52 juta.

Salah, 31 tahun, menandatangani kontrak baru tiga tahun dengan Liverpool pada musim panas lalu, yang hanya luput pada Jun 2025.

Ejen pemain itu, Ramy Abbas berkata:

“Mohamed kekal komited kepada LFC. Jika kami sedang merancang untuk meninggalkan LFC tahun ini, kami tidak akan menandatangani kontrak baru pada musim panas lalu.”

Rakan sepasukan Salah di Liverpool pada musim lalu, Fabinho dan Jordan Henderson masing-masing telah pun berpindah ke Al-Ittihad dan El-Ettifaq pada musim panas lalu. 

Roberto Firmino pula telah berpindah ke Al-Ahli selepas kontrak beliau di Anfield luput di akhir musim lalu.

Seorang lagi bekas pemain Liverpool, Sadio Mane, yang berpindah ke Bayern Munich di Jerman pada musim lalu juga telah menyertai Al-Nassr.

Salah dianggap sebagai pemain azimat bagi Liverpool dan telah menjaringkan 186 gol dalam 305 perlawanan sejak menyertai kelab itu daripada Roma pada 2017.

Beliau telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, Liga Perdana England, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Super UEFA sejak berpindah ke Anfield. 

Beliau juga telah memenangi tiga anugerah But Emas EPL kerana menjaringkan gol paling banyak dalam tiga musim, dan telah dua kali dinamakan sebagai pemain terbaik oleh Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA). 

Liga Pro Saudi telah memikat beberapa pemain ‘nama besar’ di dunia sejak Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr pada Januari.

Pemilik anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d’Or, Karim Benzema juga telah berpindah ke Saudi.

Kumpulan pemain ini disertai bekas pemain Chelsea, N’Golo Kante dan bekas pemain sayap Celtic, Jota yang menyertai Al-Ittihad. Kelab itu diuruskan oleh bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirio Santo. 

Selain itu, pemain seperti Riyad Mahrez, Sergei Milinkovic-Savic, Ruben Neves dan Allan Saint-Maximin juga telah berpindah ke Saudi.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp, semasa Liverpool berada di Singapura untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan, melahirkan keprihatinan tempoh perpindahan pemain di negara Teluk itu ditutup selepas tempoh perpindahan pemain di Eropah ditutup kerana mendakwa ia memberikan kelebihan kepada kelab di Saudi.

Beliau menggesa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk campur tangan dalam hal ini.

Sementara itu, pengurus juara EPL Manchester City, Pep Guardiola berkata kuasa kewangan Liga Pro Saudi telah mengubah pasaran pemain dan kelab-kelab elit perlu sedar apa yang sedang berlaku dan ambil tahu bagaimana ia menjejas mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >