Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U kelab paling berharga di Liga Perdana

Jun 1, 2023 | 3:10 PM
TERATAS DI EPL: Menurut senarai yang dikeluarkan laman web perniagaan Forbes, Manchester United meningkat sebanyak 30 peratus sejak tahun lalu.
TERATAS DI EPL: Menurut senarai yang dikeluarkan laman web perniagaan Forbes, Manchester United meningkat sebanyak 30 peratus sejak tahun lalu. - Foto AFP

LONDON: Manchester United adalah kelab Liga Perdana England (EPL) yang paling berharga, menurut senarai yang dikeluarkan laman web perniagaan Forbes pada Rabu.

United, bernilai AS$6 bilion ($8.12 bilion), menduduki tempat kedua dalam senarai itu di belakang Real Madrid yang bernilai AS$6.07 bilion – kali pertama kededua kelab mencecah AS$6 bilion.

Liverpool, Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal turut menduduki kedudukan 10 teratas.

Penilaian Forbes terhadap Manchester United telah meningkat sebanyak 30 peratus sejak tahun lepas.

Kelab Old Trafford itu telah dijual oleh keluarga Glazer pada November, dengan jurubank Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani; dan Kumpulan Ineos, pimpinan Sir Jim Ratcliffe, mengemukakan bidaan untuk membeli United.

Real Madrid kekal di tempat teratas di senarai itu dari 2022 sambil meningkatkan nilai mereka sebanyak 19 peratus, dengan saingan sengit Barcelona di tempat ketiga.

Barcelona telah mendahului senarai itu pada 2021.

Sejak Forbes mula menerbitkan senarai pasukan bola sepak paling berharga di dunia pada 2004, hanya Real Madrid dan Manchester United yang menduduki tempat lima teratas setiap tahun.

Sementara itu, nilai Newcastle United telah meningkat sebanyak 51 peratus kepada $794 juta selepas dibeli syarikat pelaburan kerajaan Arab Saudi dan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg