Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U mahu kurangkan kakitangan

Jul 4, 2024 | 2:30 PM
Manchester United
Sir Jim Ratcliffe, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ineos, yang sah menjadi pemilik bersama Manchester United pada Disember 2023. - Foto fail

MANCHESTER: Manchester United akan meniadakan 250 pekerjaan sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kos dan menghentikan beberapa “kegiatan tidak penting”.

Pengarah United, Sir Dave Brailsford, telah mengetuai satu semakan meluas ke atas operasi United sejak Ineos disahkan pada Disember 2023 menjadi pemilik bersama kelab itu.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Ineos, Sir Jim Ratcliffe, memberitahu kakitangan kelab itu sebelum ini tentang hasratnya melihat mereka kembali bekerja dari premis kelab.

Namun, sumber kelab kini menyatakan transformasi kewangan yang signifikan diperlukan untuk menyekat kenaikan kos dari tahun ke tahun.

Semakan itu menyimpulkan bahawa struktur, saiz dan bentuk kelab itu tidak mencerminkan prestasi bola sepak semasanya dan mereka mempunyai lebih banyak kakitangan daripada yang diperlukan.

Sumber berkata penjimatan kos dikenal pasti dalam kegiatan “tidak penting”, yang akan dihentikan.

Masih belum dijelaskan apakah kegiatan itu.

Namun tujuannya adalah untuk mengurangkan jumlah dan kos kakitangan. United.

Ia mempunyai 1,150 kakitangan sepenuh masa.

Pengarah eksekutif sementara, Jean-Claude Blanc, menyampaikan perkembangan itu dalam mesyuarat bersama kakitangan yang dihadiri sekitar 800 orang.

Langkah itu dijangka menerima sambutan negatif, dengan ramai berhujah bahawa perekrutan lemah bagi pasukan utama membazirkan lebih banyak wang daripada yang akan dijimatkan dengan mengurangkan kakitangan biasa.

Dua tahun lalu, mantan pengarah eksekutif, Richard Arnold, dirakam memberitahu sekumpulan penyokong bahawa United “hangus” £1 bilion ($1.72 bilion) melibatkan pemain, dengan sangat sedikit pencapaian.

Pada musim bunga disahkan bahawa sebuah pasukan bertindak, yang termasuk Datuk Bandar Greater Manchester, Andy Burnham, dan bekas kapten United, Gary Neville, telah dilantik untuk mengkaji daya maju kewangan untuk membina stadium baru berhampiran tapak semasa Old Trafford.

Pegawai United secara rahsia berkata keputusan mengurangkan kakitangan tidak dipandang ringan dan semua cabang kelab itu akan terjejas, kecuali cabang amal Yayasan Manchester United.

Mereka berkata pelbagai alternatif telah dipertimbangkan namun kesannya tidak akan berpanjangan.

Proses formal untuk mencadangkan pemberhentian kakitangan akan bermula. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg