Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Man U menang melalui penalti, Spurs hampir kalah mengejut

Kai Havertz gagal jaringkan penalti; Jaringan masa tambahan bantu Spurs benam Tamworth
Jan 13, 2025 | 4:20 PM
Altay Bayindir, penjaga gol pilihan kedua Manchester United, menampilkan prestasi cemerlang.
Altay Bayindir, penjaga gol pilihan kedua Manchester United, menampilkan prestasi cemerlang. - Foto EPA-EFE

LONDON: Manchester United, Pemenang Piala FA musim lalu, berjaya menewaskan Arsenal dalam pusingan ketiga yang diputuskan menerusi sepakan penalti pada Ahad, manakala Tottenham Hotspur terselamat daripada saingan sukar menentang pasukan di divisyen kelima Tamworth.

Pasukan Liga Perdana England (EPL) seperti Newcastle United, Ipswich Town, Crystal Palace dan Southampton turut menempah tiket ke pusingan keempat dengan kemenangan, manakala Doncaster Rovers, pasukan divisyen empat, mara selepas penentuan sepakan penalti.

Joshua Zirkzee menyempurnakan penalti kemenangan untuk Manchester United, yang beraksi dengan 10 pemain, yang berakhir 1-1 selepas masa tambahan di Stadium Emirates.

Tendangan penalti Kai Havertz diselamatkan oleh Altay Bayindir, sebelum Zirkzee – yang dicemuh oleh penyokong ketika United tewas 2-0 kepada Newcastle bulan lalu – menjaringkan penaltinya dan menang 5-3.

“Saya hanya mahu membantu pasukan yang hebat ini,” kata penjaga gol pilihan kedua, Bayindir, kepada BBC.

“Saya mahu menggembirakan semua orang untuk kelab hebat ini... jika anda tidak dapat peluang bermain, tidak mengapa.

“Namun anda perlu bersedia setiap minit, setiap saat. Jika anda seorang pemain Man Utd, anda perlu sentiasa bersedia,” kata beliau.

United mendahului pada minit ke-52 menerusi percubaan lencong Bruno Fernandes dari dalam kotak selepas larian hebat Alejandro Garnacho.

Perlawanan itu berubah 10 minit kemudian, apabila pemain United, Diogo Dalot, menerima kad kuning kedua kerana melakukan terjahan melulu ke atas Mikel Merino.

Dua minit kemudian, bola yang cuba diselamatkan Bayindir jatuh di kaki Gabriel dan rembatannya melencong ke arah Matthijs de Ligt dan masuk untuk meletakkan kedudukan menjadi seri.

Arsenal diberikan penalti selepas Havertz dijatuhkan dengan sentuhan minimum daripada Harry Maguire. Tetapi, selepas pergaduhan singkat yang menyaksikan Maguire, Havertz dan Gabriel dihukum, Bayindir berjaya menyelamatkan cubaan daripada kapten Arsenal, Martin Odegaard, pada minit ke-72.

“Saya bekerja keras setiap hari,” kata Bayindir. “Saya sabar. Saya hanya mahu membantu pasukan... mahu menggembirakan semua orang untuk kelab yang hebat ini.”

Sementara itu Spurs memerlukan masa tambahan untuk menewaskan pasukan divisyen kelima, Tamworth, yang berada di tangga ke-96 dalam piramid bola sepak England. Spurs menang 3-0 hasil gol sendiri Nathan Tshikuna dan jaringan oleh Dejan Kulusevski dan Brennan Johnson.

Permainan mengecewakan sejak wisel pembukaan ditiup dengan Tamworth berjaya bertahan di padang Lamb Ground dan mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol. Namun mereka gagal membuat kejutan.

Selepas 90 minit tanpa jaringan, jaringan sendiri Nathan Tshikuna pada minit ke-101 meletakkan Spurs di hadapan. Pemain gantian Dejan Kulusevski kemudian menjaringkan gol kedua sebelum Johnson menambah gol ketiga.

Sementara itu Newcastle bangkit daripada ketinggalan gol untuk menewaskan pasukan divisyen keempat Bromley 3-1, hasil jaringan Lewis Miley, Anthony Gordon dari sepakan penalti, dan William Osula. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg