Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Man United, Liverpool bertembung di suku akhir

Feb 29, 2024 | 02:41 PM



NOTTINGHAM: Pemain tengah Manchester United, Casemiro menjaringkan gol lewat perlawanan untuk melayakkan United ke peringkat suku akhir Piala FA dengan kemenangan 1-0 atas Nottingham Forest pada 29 Februari.


Pemain remaja Liverpool, Jayden Danns dan Lewis Koumas, juga menyumbang kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Southampton pada 29 Februari juga.

Chelsea berjaya mengatasi Leeds United 3-2 dengan jaringan lewat Conor Gallagher pada minit ke-90, sekali gus melegakan sedikit tekanan yang dihadapi pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino.

Wolverhampton Wanders pula menewaskan Brighton & Hove Albion 1-0 melalui jaringan awal Mario Lemina.

United berjaya mengekalkan harapan terakhir mereka untuk mendapatkan satu piala dalam musim yang mencabar apabila Casemiro menjaringkan gol jarak dekat melalui hantaran Bruno Fernandes.

Kemenangan ini bermakna United akan berdepan dengan Liverpool di peringkat suku akhir pertandingan tersebut.

Pengurus United, Erik ten Hag, dan pasukannya terpaksa menantikan keputusan semakan video penolong pengadil (VAR) sebelum gol tersebut disahkan.

“Kami jaringkan gol pada detik yang tepat,” kata Ten Hag kepada media.

“Setiap kemenangan adalah penting. Pasukan ini, apa yang mereka tunjukkan hari ini, sungguh hebat. Mereka perlu tunjukkannya pada setiap perlawanan,” tambah beliau.

Pasukan Ten Hag menduduki tempat keenam Liga Perdana England (EPL) selepas mengalami kekalahan 2-1 kepada Fulham.

“Ini merupakan perlawanan penting untuk kami menang,” kata penjaga gawang United, Andre Onana.

“Saya gembira. Kami kerja keras dan inilah ganjarannya. Di Manchester United, anda perlu menang. Ia perlawanan yang sukar berdepan dengan lawan yang bagus,” tambah beliau.

Hanya tiga hari selepas Liverpool mengatasi Chelsea 1-0 untuk memenangi Piala Carabao, Danns menjaringkan dua gol pertamanya untuk pasukan utama Liverpool dan Koumas menjaringkan satu gol pada perlawanan debutnya.

“Saya sungguh gembira hari ini. Hari ini merupakan hari terbaik hidup saya,” kata Danns.

“Saya menyaksikan Liverpool sejak saya kecil; menjaringkan gol rasa seperti satu mimpi,” tambah beliau.

Koumas, anak bekas pemain kebangsaan Wales, Jason Koumas, menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir melalui hantaran Bobby Clark.

Danns, 18 tahun, menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-73 dan menjaringkan gol keduanya pada minit ke-88 selepas beliau memanfaatkan bola yang terlepas di kotak penalti Southampton.

Dengan masalah kecederaan menimpa pemain utama seperti Mohamed Salah dan Darwin Nunez, pengurus Liverpool, Juergen Klopp, mulakan perlawanan dengan pemain mudanya menentang Southampton.

“Ia perlawanan yang sangat hebat. Perlawanannya sungguh sengit dan mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk menang, dan akhirnya kami berjaya,” kata Klopp kepada media.

“Situasi ini sungguh sukar ditangani,” kata beliau apabila ditanya tentang keadaan kecederaan pasukannya.

“Kami menerima apa jua perasaan positif dan kami terima bahawa kami berada dalam situasi yang sukar dan sedang cuba mencari penyelesaian.

“Memang hebat berada di pusingan suku akhir dan kami tidak ambil mudah tentang perkara ini,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >