Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Man Utd lawan Liverpool 13 Mei

May 07, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United perlu beraksi tiga perlawanan Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh lima hari selepas perlawanan menentang Liverpool yang ditangguhkan sebelum ini dijadualkan berlangsung semula pada 13 Mei.



United sepatutnya bertemu seteru utama, Liverpool, Ahad lalu tetapi perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas beratus penyokong menceroboh masuk padang Old Trafford sebagai bantahan terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer.



Kumpulan yang melakukan bantahan itu tidak berpuas hati dengan pembabitan keluarga Glazer dalam perancangan Liga Super Eropah (ESL) yang kemudiannya gagal.



Mereka merosakkan padang Old Trafford selain bertembung dengan anggota polis yang berusaha menenangkan situasi di luar stadium.



Sebelum perlawanan tersebut, United bakal berkunjung ke Aston Villa pada 9 Mei dan kemudian menentang Leicester City pada 11 Mei di padang sendiri.



Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer pastinya tidak gembira dengan jadual padat itu.



"Semua baki tiga perlawanan kami di Old Trafford - berdepan Leicester City, Liverpool dan Fulham - dijadualkan semula, dengan dua yang awal terganggu akibat penangguhan pada Ahad lalu," kata United di laman web kelab itu.



Dalam pada itu, Solskjaer turut meminta penyokong yang melakukan bantahan lalu agar lebih beradab.



"Ia hari yang sukar untuk kami," kata Solskjaer menjelang pertemuan separuh akhir kedua Liga Europa bertemu Roma di Italy.



"Sudah pasti kami mahu beraksi, kami mahu menewaskan Liverpool untuk penyokong kerana tugas kami adalah meraih keputusan terbaik di atas padang.



"Inilah fokus pemain dan saya, tetapi seperti yang saya katakan sebelum bermulanya perlawanan, kami harus mendengar luahan peminat.



"Kami harus mendengar suara mereka. Setiap orang ada hak untuk melakukan bantahan. Tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh beradab dan tidak membawa kekecohan."



Pengendali dari Norway itu menambah: "Malangnya bila anda menceroboh masuk dan anggota polis mengalami kecederaan, ia sudah melampau.



"Apabila perkara seperti ini berlaku, ia sudah menjadi kes polis. Ia bukan lagi mahu menunjukkan pandangan anda." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >