Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mane akhiri zaman bujang

Jan 10, 2024 | 4:40 PM
PILIHAN MANE: Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane, selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Aisha Tamba, di Senegal pada 7 Januari.
PILIHAN MANE: Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane, selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Aisha Tamba, di Senegal pada 7 Januari. - Foto INSTAGRAM/MAGVISION_EVENS_OFFICIEL

DAKAR (Senegal): Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane, selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Aisha Tamba di Senegal, pada 7 Januari.

Ia berlangsung di Keur Massr, berhampiran Dakar, hanya enam hari sebelum kejohanan Piala Negara-Negara Afrika bermula.

Mane, 31, memuat naik gambar perkahwinannya di Instagram dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Mane dan Aisha membesar di Casamance. Sepanjang beraksi bersama Liverpool, Mane tidak pernah mendedahkan berkenaan teman wanitanya.

Pada tahun 2022, beliau hanya pernah menyatakan berkenaan wanita bagaimana yang akan dikahwininya.

“Ramai wanita yang bertanya mengapa saya belum berkahwin, tetapi saya mohon maaf, anda mungkin membazirkan masa anda. Wanita yang akan saya kahwini tidak akan berada di media sosial.

“Saya ingin mengahwini wanita yang menjaga solat. Semua orang ada cara tersendiri dalam membuat pilihan untuk bercinta,” kata Mane.

Mane mula mengenali Aisha ketika dia berusia 16 tahun tetapi tidak terus mendekatinya. Hasrat untuk mengahwini gadis itu hanya diberitahu kepada bapa saudaranya.

Mane kini beraksi bersama Cristiano Ronaldo untuk kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg