Mantan bos Fifa sertai seruan boikot Piala Dunia di AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan bos Fifa sertai seruan boikot Piala Dunia di AS

Jan 27, 2026 | 1:55 PM

Mantan bos Fifa sertai seruan boikot Piala Dunia di AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seruan boikot Piala Dunia, Amerika Syarikat, hubungan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, semakin renggang dengan Eropah, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter, harga tiket
Foto fail menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kiri), dan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino (dua dari kiri), memegang tiket perlawanan akhir Piala Dunia 2026 di Rumah Putih pada Ogos 2025. - Foto REUTERS

ZURICH (Switzerland): Seruan supaya memboikot Piala Dunia yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat pada musim panas ini semakin meningkat di tengah-tengah hubungan Presiden Amerika, Donald Trump, yang semakin renggang dengan Eropah.

Mantan presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter, dalam satu hantaran di media sosial pada 26 Januari menasihati peminat bola sepak supaya “menjauhi” Amerika dan Piala Dunia.

Selain itu, Oke Gottlich, presiden kelab Bundesliga, St Pauli, dan naib presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, dalam temu bual dengan Hamburger Morgenpost berkata masanya sudah tiba untuk “menimbang dan membincangkan secara serius” langkah memboikot Piala Dunia.

Jurucakap Fifa enggan mengulas.

Amerika akan menganjurkan Piala Dunia bersama Canada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai. Kejohanan itu sebelumnya telah dikritik kerana harga tiketnya yang terlalu tinggi.

Kini dasar Trump, termasuk hasratnya untuk mengambil alih Greenland, wilayah separuh autonomi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Denmark, semakin meningkatkan perdebatan tentang langkah memboikot acara tersebut sebagai tindak balas.

“Apakah kewajaran untuk boikot Sukan Olimpik pada 1980-an?” tanya Göttlich, merujuk kepada beberapa negara yang tidak menyertai Sukan Olimpik di Moscow selepas bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) itu menyerang Afghanistan.

“Mengikut perkiraan saya, potensi ancaman sekarang lebih besar berbanding dahulu. Kita perlu mengadakan perbincangan ini,” tambah Göttlich.

Bantahan juga datang daripada ahli politik Britain dan peguam antirasuah, Mark Pieth, yang mengetuai jawatankuasa untuk menyelia pembaharuan di Fifa pada dekad lalu.

Pieth berkata peminat harus memboikot Piala Dunia kerana sikap autoritarian Amerika yang semakin meningkat.

Media sebelum ini melaporkan, penganjur Piala Dunia telah mengumumkan tiket lebih murah menyusuli kritikan berterusan terhadap harga tiket pusingan akhir 2026 itu.

Fifa, badan induk bola sepak dunia, dalam satu kenyataan memaklumkan ia mewujudkan “tiket kemasukan penyokong” berharga AS$60 ($77) setiap satu dan ditawarkan bagi semua 104 perlawanan termasuk final.

Menurut Fifa, pelan tiket itu “direka bagi menyokong peminat yang mengembara mengikuti pasukan kebangsaan mereka sepanjang kejohanan”.

Fifa berkata tiket AS$60 itu dikhaskan kepada penyokong pasukan yang layak dan membentuk 10 peratus daripada kuota setiap persekutuan kebangsaan.

Bagaimanapun, kumpulan penyokong Football Supporters Europe (FSE), yang minggu lalu melabel harga tiket tersebut sebagai “melampau”, menganggap langkah Fifa itu masih tidak mencukupi. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg