Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Maro Itoje gesa rakan sepasukan England rebut peluang tumpaskan Springboks

Oct 20, 2023 | 04:00 PM



PARIS: Maro Itoje telah memberitahu rakan sepasukannya di England agar tidak terjejas dengan perlawanan pada masa lalu dan tidak terlalu memikirkan tentang prestasi perlawanan yang akan datang dalam usaha kumpulan itu untuk menumpaskan Afrika Selatan pada separuh akhir Ragbi Piala Dunia pada Sabtu.


England tewas kepada Springboks dalam perlawanan akhir 2019 dan pada pertemuan November.

Dalam wawancara dengan BBC Radio 5 Live, Itoje berkata: “Peluang sebegini tidak datang selalu.”


“Kami tidak boleh terjejas dengan apa yang bakal berlaku minggu depan, dalam masa dua minggu atau empat tahun lalu. Ini semua tentang apa yang berlaku pada Sabtu malam.”

Sepuluh daripada 15 sepasukan permulaan England – termasuk Itoje – bermain dan kalah 32-12 di tangan Afrika Selatan empat tahun lalu di Yokohama.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata suasana di sekeliling kem itu semakin bersemangat apabila mereka cuba menebus kekalahan itu dan menamatkan kejuaraan Springboks.

“Ia adalah satu peluang luar biasa, satu keistimewaan dan penghormatan yang luar biasa untuk berada di sini,” tambahnya.

“Detik ini istimewa dalam kerjaya anda. Anda boleh katakan ini adalah minggu terhebat, ‘mood’ baik di kem, mahupun tumpuan para pemain, anda pasti dapat mengatakan terdapat tenaga yang berbeza.”

England adalah ‘underdog’ (bukan pilihan) yang berlainan selepas Afrika Selatan menampilkan prestasi hebat dalam menyingkirkan tuan rumah Perancis hujung minggu lalu.

Itoje telah bermain 10 kali untuk England dan Irish Lions menentang Afrika Selatan, serta menang empat daripadanya.

“DNA ragbi Afrika Selatan sentiasa konsisten... permainan sepakan yang kuat, mereka mempunyai pemain belakang yang sangat pantas... Mereka adalah pasukan yang baik secara keseluruhan,” tambahnya.

Itoje akan bermula seiring pemain Leicester’s George Martin di barisan kedua dalam ‘scrum’ buat kali kedua sahaja, tetapi pemain berusia 22 tahun itu berkata ia akan membawa kelebihan yang diperlukan dalam tentangan bersama lima penyerang berkuasa Afrika Selatan.

“George adalah pemain hebat,” katanya.

“Sikapnya hebat – seorang pekerja keras yang sebenar, tenaganya, impaknya.

“Beliau seorang penyerang muda Leicester yang fizikal dan biasanya menjadi mereka tegar dan berbahaya. Beliau bukan yang paling lantang, tetapi menonjol melalui aksinya.”

Nombor lapan Ben Earl menjadi antara pemain England yang menyerlah dalam kejohanan setakat ini, berlari lebih jauh dan melepasi garisan pertahanan lawan tanpa diserang serta menewaskan lebih ramai pemain pertahanan berbanding pemain lain dalam skuad itu.

Pemain barisan belakang berusia 25 tahun itu berkata kakitangan kejurulatihan England telah menghasilkan pelan permainan untuk menangani kemungkinan dan membawa pasukan itu ke final Piala Dunia kedua berturut-turut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >