Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masa depan kelab kurang jelas akibat kekangan kewangan

Beberapa kelab terpaksa jual pemain muda berbakat berikutan peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR)
Jan 16, 2025 | 3:41 PM
Di bawah peraturan keuntungan dan kemampanan, kelab tidak boleh mencatatkan kerugian lebih 105 paun juta ($175 juta) dalam tempoh tiga tahun.
Di bawah peraturan keuntungan dan kemampanan, kelab tidak boleh mencatatkan kerugian lebih 105 paun juta ($175 juta) dalam tempoh tiga tahun. - Foto REUTERS

Tahun lepas peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) telah menyebabkan potongan mata bagi pelbagai kelab Liga Perdana England (EPL), akibat pelanggaran peraturan kewangan.

Namun, tiada kelab akan menghadapi tuduhan yang sama musim ini.

Pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire memberitahu BBC Sport: “Kelab-kelab menganggap pemain muda sebagai komoditi untuk mengeluarkan mereka daripada kemelut kewangan.

“Ia berfungsi seperti mimpi dan ia menunjukkan betapa lucunya peraturan itu.

Beliau berkata: “Keupayaan menjana keuntungan daripada pemain sampingan, pemain akademi dan sebagainya, akan terus menjadi penting”.

ASTON VILLA

Douglas Luiz (kanan, depan) merupakan antara pemain Aston Villa yang dijual untuk menyelamatkan daripada tuduhan.
Douglas Luiz (kanan, depan) merupakan antara pemain Aston Villa yang dijual untuk menyelamatkan daripada tuduhan. - Foto fail

Villa perlu menjual pemain mereka pada musim panas lalu untuk mematuhi peraturan PSR, setelah melaporkan kerugian sebanyak 198 juta paun ($330 juta) dalam akaun mereka sehingga 31 Mei 2023.

Pada awal musim panas, mereka menjual pemain tengah Douglas Luiz kepada Juventus dengan harga 42 juta paun, dan Moussa Diaby menyertai pasukan Saudi Al-Ittihad dengan harga 50 juta paun.

Mereka juga membenarkan Tim Iroegbunam pergi ke Everton dengan harga 9 juta paun dan Omari Kellyman ke Chelsea pada harga 19 juta paun.

Namun pembelian Diaby dari Bayer Leverkusen dengan harga 51 juta paun, dan pemain pertahanan tengah Sepanyol, Pau Torres dari Villarreal dengan harga 31.5 juta paun, pada Julai 2023 juga termasuk dalam akaun ini.

Villa memperoleh keuntungan sebanyak 300,000 paun dalam akaun 2021-22 mereka, dibantu penjualan pemain tengah England Jack Grealish kepada Manchester City dengan harga 100 juta paun.

Bagaimanapun, Maguire berkata keuntungan daripada jualan itu akan hilang pada kitaran tiga tahun berikutnya 2022-2025.

CHELSEA

Chelsea telah meraih lebih 500 juta paun dengan menjual pemain.
Chelsea telah meraih lebih 500 juta paun dengan menjual pemain. - Foto REUTERS

Sembilan bulan lalu, Todd Boehly berkata Chelsea akan tetap mematuhi PSR dalam jangka “masa depan yang boleh dijangka”, maka kelab itu mengekalkan mereka tidak pernah bimbang untuk menerima sebarang sekatan daripada Uefa atau EPL.

The Blues mengurangkan bil gaji pemain mereka dan dengan lebih 500 juta paun nilai jualan pemain, mengimbangi rekod dunia 1.5 bilion paun perbelanjaan sepanjang lima tingkap perpindahan pertama pemilikannya.

Namun, menamatkan liga di tempat ke-12 dan keenam telah menjadi cabaran - bermakna perjanjian “saling menukar” pemain PSR, melibatkan graduan akademi Conor Gallagher dan Ian Maatsen, diperlukan untuk membantu mengimbangi akaun mereka.

Penjualan kontroversi hotel Copthorne dan Millennium dengan harga 76.5 juta paun juga diselesaikan oleh EPL dan membantu mengekalkan perbelanjaan perpindahan mereka yang agresif.

Chelsea menjangkakan kedudukan PSR mereka meningkat dengan ketara jika mereka layak ke Liga Juara-Juara, dengan keuntungan besar akan datang daripada penyertaan dalam Piala Dunia Kelab yang baru diperluaskan - yang diharapkan akan menarik penaja baju depan yang lumayan.

EVERTON

Everton menghadapi hukuman pemotongan lapan mata akibat melanggar peraturan kewangan pertandingan.
Everton menghadapi hukuman pemotongan lapan mata akibat melanggar peraturan kewangan pertandingan. - Foto REUTERS

Everton menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana yang ditolak mata kerana melanggar peraturan kewangan pertandingan dan diikuti dengan satu lagi pertuduhan - mereka kehilangan lapan mata selepas proses rayuan.

Tetapi pegawai kelab yakin tidak akan ada sebarang isu kali ini dan mereka telah terbukti betul.

The Toffees telah melaksanakan langkah pengurangan kos yang ketara untuk memastikan mereka mematuhi kewangan, dibantu oleh jualan Ben Godfrey dan lulusan akademi Lewis Dobbin.

Sejak permulaan musim 2022-23, kelab itu telah dibelenggu oleh kekangan perbelanjaan yang ketat dan mereka adalah satu-satunya pasukan EPL dalam tempoh itu dengan perbelanjaan bersih yang positif - sebanyak 80 juta paun.

“Selepas pemotongan mata, kami sangat gementar untuk memastikan kami tidak mengalami masalah itu lagi,” kata pengarah bola sepak, Kevin Thelwell kepada BBC Radio Merseyside pada September.

NEWCASTLE

Walaupun tidak mampu membeli pemain utama, Newcastle tidak perlu menjual pemain bintang mereka iaitu Alexander Isak.
Walaupun tidak mampu membeli pemain utama, Newcastle tidak perlu menjual pemain bintang mereka iaitu Alexander Isak. - Foto REUTERS

The Magpies berada di bawah tekanan PSR musim lalu apabila, dalam percubaan terburu-buru untuk mengelak sekatan, mereka dengan berat hati menjual pemain muda lulusan akademi Elliot Anderson dan Yankuba Minteh untuk lebih daripada 60 juta paun digabungkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Darren Eales kemudian berkata: “Kami tidak mahu membiarkan diri kami dalam situasi itu lagi dalam keadaan yang begitu ketat.”

Walaupun dua jualan ketara memberi mereka ruang yang lebih luas, PSR terus menyekat keupayaan mereka untuk berbelanja besar - dan kini nampaknya mereka akan melalui jendela perpindahan ketiga tanpa membuat pembelian utama.

Tetapi, yang paling penting untuk Eddie Howe dan peminat Newcastle, mereka tidak perlu menjual nama bintang seperti Alexander Isak, Bruno Guimaraes dan Anthony Gordon untuk mengimbangi buku.

MANCHESTER UNITED

Masa hadapan Marcus Rashford di Manchester United kelihatan kurang jelas berikutan keperluan kelab itu untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.
Masa hadapan Marcus Rashford di Manchester United kelihatan kurang jelas berikutan keperluan kelab itu untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka. - Foto REUTERS

Manchester United telah berulang kali beritahu mereka komited terhadap peraturan kewangan EPL. Malah, United dikatakan mempunyai kedudukan PSR yang “ketat”.

Menjual bintang tempatan adalah satu cara untuk melegakan masalah - menyebabkan masa depan Marcus Rashford sebagai kunci dari segi perniagaan perpindahan yang mungkin boleh dilakukan United bulan ini.

Tetapi dasar itu berisiko mengasingkan penyokong, terutamanya jika seorang lagi pemain tempatan, seperti Kobbie Mainoo turut dijual.

Pada bulan September, United melaporkan kerugian bersih 113.2 juta paun pada tahun ini hingga 30 Jun, yang diikuti kerugian 28.7 juta paun pada 2022-23 dan 115.5 juta paun pada 2021-22, dan angka jumlah kerugian mereka dalam tempoh lima tahun lalu lebih 370 jutap paun.

Buat masa ini, jangkaan kos keseluruhan akan terus dipotong dan lebih banyak penekanan diberikan pada pengambilan yang lebih baik di peringkat pasukan pertama. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg