Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND 

Tempat Man Utd memang di Liga Juara-Juara: ten Hag

May 26, 2023 | 02:22 PM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, berkata kelab-kelab itu memang bertempat di Liga Juara-Juara Eropah, menyusuli kejayaan pasukannya melayakkan diri ke pertandingan elit Eropah itu bagi musim depan.


Beliau berkata demikian selepas pasukannya mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) selepas menewaskan Chelsea 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Jumaat.

Kemenangan itu sekali gus menjamin tempatnya dalam Liga Juara-Juara musim depan.

United terlepas melayakkan diri ke pertandingan itu musim ini kerana menduduki tangga keenam dalam EPL pada musim lalu. Hanya empat pasukan teratas melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan dengan Chelsea, gol-gol jaringan Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford membantu United menjamin kemenangan dan meletakkan United dua mata di hadapan seteru terdekat Newcastle, yang berada di tangga keempat.

Di akhir perlawanan, ten Hag berkata beliau perlu memperkukuh skuadnya dengan mendapatkan pemain baru dalam masa terdekat supaya pasukannya terus maju dan berupaya mengharungi cabaran Liga Juara-Juara.

“Kelab ini tempatnya adalah di Liga Juara-Juara.

“Dengan menamatkan kempen di empat tempat teratas EPL, ia merupakan matlamat utama. Pertandingan (bagi liga ini) sememangnya mencabar, ada banyak pasukan dengan skuad yang bagus, pengurus yang bagus dan bajet yang tinggi.

“Buat masa ini, ini adalah (prestasi) maksimum tetapi kami ingin lakukan lebih baik dan kesabaran saya semakin menipis. Standard perlu dipertingkat. Manchester City bermain bola sepak dengan cemerlang tetapi kami masih banyak yang perlu dilakukan,” jelas ten Hag.

Bekas pemain pertahanan United, Gary Neville, menjelaskan pelaburan diperlukan bagi kelab itu untuk berkembang lebih jauh dan ten Hag berkongsi pendapat yang sama.

United dikaitkan dengan pemindahan pemain midfield England dari Chelsea, Mason Mount, sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane, pula menjadi pilihan jelas untuk mengisi barisan serangan yang telah diperuntukkan kelab sebagai keutamaan jika pengerusi Spurs, Daniel Levy, meletakkan kesediaan untuk menjualnya.

United juga sedang mencari pemain midfield berpengalaman bagi mengorak perubahan sekiranya kelab itu dapat membuktikan pasukan itu dapat membuat tempoh pemindahan lebih baik berbanding tempoh pemindahan musim panas sebelum ini.

United bakal memasuki tempoh pemindahan di sebalik ketidakpastian pemilikan.

Raine Group, yang mengendalikan penjualan kelab itu jika ia terjadi, sedang menggiatkan usaha penyelesaian selepas pemilik semasa United iaitu The Glazers mengumumkan pada November mereka sedang pertimbangkan untuk menjual kelab itu.

Namun wakil-wakil bagi dua pembida utama iaitu Sheikh Jassim Hamad Al Thani dari Qatar dan Ketua Pegawai Eksekutif Ineos, Sir Jim Ratcliffe, berkata mereka masih tidak pasti bila proses jualan itu akan dapat mencapai kesimpulannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >